Olahragawan Olahragawati Kebangsaan 2021

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Buat kali kelima, Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 hari ini. Jaguh berbasikal trek negara yang dikenali Pocket Rocketman itu pernah meraih gelaran berkenaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/20. Beliau mengenepikan cabaran empat lagi calon iaitu juara badminton dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran). Kejayaan Azizulhasni itu adalah berpandukan pencapaiannya meraih pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Anwar…

Read More

Bawa pulang emas pertama Olimpik

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada Kontinjen Malaysia agar membawa pulang emas pertama pada penyertaan temasya Sukan Olimpik Paris yang dijadualkan pada tahun depan. Cabaran itu dibuat Perdana Menteri, kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta atlet-atlet negara yang akan menyertai temasya sukan terbesar dunia itu. “Kita patut hargai usaha mereka (atlet) dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Cabaran kepada menterinya (Hannah Yeoh), lebih-lebih lagi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (Tan Sri Mohamad Norza Zakaria) mesti capai satu pingat emas di…

Read More

Malaysia ke arah salah perangi rasuah?

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Malaysia menuju ke ‘arah yang salah’ dalam memerangi rasuah, mendukung hak asasi manusia dan demokrasi di sektor awam berikutan Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2022 merosot kepada 47 mata. CPI yang dikeluarkan Transparency International (TI) itu, sekali gus menjadikan kedudukan Malaysia jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun dari kedudukan 53 pada 2019. TI Malaysia dalam kenyataan berkata, berdasarkan laporan itu, indeks mata 0 adalah sangat korup dan 100 dianggap paling bersih. “Negara Skandinavia terus mendominasi kedudukan indeks dengan Denmark, Finland, Norway dan Sweden…

Read More

Dulu digantung kini Tun Faisal Ismail dipecat

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Selepas digantung keahlian selama enam tahun pada 27 Mac 2021, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat berkuat kuasa serta merta, hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT)) UMNO pada 5 Januari dan disahkan pada 23 Januari lalu. Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya itu memaklumkan ibu pejabat UMNO menghubungi pihaknya pada jam 4.28 petang tadi dan menghantar surat pemecatan itu melalui aplikasi WhatsApp. Melalui Facebooknya, Tun Faisal yang juga bekas Setiausaha Akhbar Annuar Musa turut berkongsi surat pemecatan itu yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, bertarikh 27 Januari…

Read More

Banyak negara gagal perangi rasuah

BERLIN: Indeks Persepsi Rasuah 2022 menunjukkan dunia masih gagal memerangi rasuah apabila 95 peratus negara hanya mencapai sedikit atau tiada langsung kemajuan sejak 2017. Menurut laporan yang diterbitkan Transparency International, kerajaan yang terpalit rasuah tidak memiliki keupayaan melindungi rakyat manakala ketidakpuasan hati orang ramai lebih berkemungkinan berubah menjadi keganasan. “Rasuah menjadikan dunia kita tempat yang lebih berbahaya. Memandangkan kerajaan secara kolektif gagal mencapai kemajuan bagi menentangnya, ia mendorong peningkatan keganasan dan konflik semasa. Ia sekali gus membahayakan orang ramai di mana-mana,” kata Pengerusi Transparency International, Delia Ferreira Rubio. Katanya, satu-satunya…

Read More

Hishammuddin terima surat penggantungan

KUALA LUMPUR  31 Jan. – Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Tun Hussein hari ini menerima surat makluman mengenai penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun mulai 27 Januari lalu. Bagaimanapun tiada sebarang alasan atau sebab khusus penggantungan dinyatakan melalui surat bertarikh 30 Januari 2023 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan. “Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya melalui Facebooknya hari ini. Surat itu hanya menyebut digantung hak keahlian di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagan UMNO kerana tindakan…

Read More

Empat tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong

HARI ini 31 Januari 2023, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut ulang tahun keempat baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dalam satu istiadat penuh gilang gemilang di Istana Negara pada 31 Januari 2019. Istana Negara dalam kenyataan hari ini menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, Seri Paduka Baginda bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara. “Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana rakyat dan negara sentiasa dirahmati…

Read More

15,000 restoran Menu Rahmah

SUBANG JAYA 31 Jan. – Mulai hari ini, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40. Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, yang bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan. Menu Rahmah dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Salahuddin Ayub, di Pasar Raya Mydin hari ini. Salahuddin berharap menerusi inisiatif itu, tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran. Lebih 15,000 restoran…

Read More