PH tanding semua kerusi Parlimen Sabah

TAWAU 23 Okt. – Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Beliau berkata, senarai calon dan jumlah kerusi termasuk yang ditandingi PKR akan diumumkan pada Jumaat ini. Katanya, PKR yakin dapat mempertahan tiga kerusi Parlimen iaitu Tawau (Christina Liew), Putatan (Awang Husaini Sahari) dan Ranau (Jonathan Yasin) yang dimenangi pada PRU14. Daripada tinjauan kita, keupayaan semakin meningkat,” katanya selepas menghadiri Jelajah Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari…

Read More

Jambatan Labuan – Menumbok diteruskan

LABUAN: Kerajaan tidak menarik balik cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok sebaliknya sudah beberapa kali dibincangkan pada peringkat Kabinet, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, idea cadangan pembinaan jambatan Labuan ke tanah besar Sabah itu tidak pernah dihentikan, sebaliknya diteruskan seperti biasa. Katanya, dua tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan, cadangan pembinaan jambatan Labuan itu dibincangkan di peringkat Kabinet menyentuh dua perkara iaitu  diteruskan dan kedua bagaimana formula pelaksanaannya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di sini, hari ini.…

Read More

Muda selesai bincang 70 peratus kerusi

PETALING JAYA 23 Okt. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah menyelesaikan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH), membabitkan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kerusi yang mahu ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Presidennya Amira Aisya Abd Aziz, berkata parti itu, berhasrat bertanding kira-kira 15 kerusi, dengan salah seorang calon adalah Presiden parti itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Muda berkata, ada lagi perkara yang perlu dirungkaikan antara Muda dan PH. “Kita akan percepatkan perbincangan itu dalam dua tiga hari dan akan ada…

Read More

Usah tertipu lagi dengan Dr.M

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Veteran DAP, Ronnie Liu mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim supaya tidak lagi terpedaya dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek itu berkata , Dr Mahathir sudah beberapa kali menipu PH, khususnya ketika beliau menjadi Perdana Menteri gabungan itu selama 22 bulan. “Tipu, tipu, Dr Mahathir ini penipu besar. Dia banyak kali menipu kita. Dulu kita kena tipu kerana kita tak tahu dia menipu atau niatnya nak menipu kita. Kita ingatkan dia sudah insaf. Sebagai seorang manusia, mungkin…

Read More

BN: PBM tunggu hari penamaan calon

KUALA LUMPUR 23 Okt. –  “Kita tunggulah hari penamaan calon,”. Itu reaksi Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM)  Zuraida Kamaruddin berhubung status permohonan PBM untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN). Selepas tiga bulan permohonan dibuat, PBM masih belum menerima sebarabg jawapan dan membayangkan kaedah lain untuk partinya menyertai BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menegaskan, PBM sedia menyertai gabungan berkenaan sebagai ‘Friends of BN’, namun jalinan kerjasama itu perlu dimuktamadkan sebelum PRU15 ini. Ketika ditanya sama ada partinya akan menjadi parti ‘Friends of BN, Presiden…

Read More

Santapan rai jemaah hakim, peserta MTHQA

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke majlis santapan minum petang bagi meraikan jemaah hakim dan peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 1444 Hijrah/2022 Masihi. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis santapan yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, Istana Negara di sini. Kira-Kira 200 tetamu jemputan dari beberapa negara termasuk Afrika Selatan, Belgium, Iran, Maldives, Brunei dan Thailand menghadiri majlis itu. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Read More

Khalid Samad hijrah ke Titiwangsa

KUALA LUMPUR 23 Okt. –  Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berpindah ke kawasan P119 Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 selepas tiga penggal mewakili Amanah di Parlimen Shah Alam. Pengarah Pilihan Raya Amanah, Asmuni Awi dalam satu kenyataan berkata, pencalonan itu merupakan satu pengorbanan yang luar biasa, serta satu langkah berisiko tinggi kepada calon Itu. Bagaimanapun keputusan itu juga mengambil aspirasi dari Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim sendiri yang bersedia untuk meninggalkan ‘zon selesa’. Pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak,” katanya lagi.…

Read More

DAP Sarawak guna logo roket

SIBU 23 Okt. – DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain menggunakan logo gabungan itu. Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri ini kerana mereka telah biasa dengan logo roket. “Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu, di sini hari ini. DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam…

Read More

Ambil kira jumlah kerusi boleh menang

KIMANIS 23 Okt. – Barisan Nasional (BN) mengambil kira berapa banyak kerusi yang boleh dimenanginya di Sabah sebelum memutuskan sama ada mahu bertanding di semua kerusi atau tidak. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata BN boleh bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan bertembung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi gabungan itu mengambil pendirian untuk bekerjasama. “Namun akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran dan akhirnya kita kalah,” katanya pada Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 3 Sabah yang disempurnakan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid…

Read More

Jawatan TPM bagi Sabah, Sarawak

PAPAR 23 Okt. – Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan memasukkan lantikan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jawatan tiga TPM itu akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU15 nanti. “Dalam konteks negeri ini, cadangan terbabit akan dimasukkan dalam manifesto BN Sabah sebelum PRU15,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3, di sini hari ini. Turut disempurnakan adalah Gimik Pelancaran Projek Naik…

Read More