PRU15: Tiga lokasi panas di Pulau Pinang

TANJONG 31 Okt. – Tiga kawasan Parlimen iaitu Batu Kawan dan Permatang Pauh di Seberang Perai serta Balik Pulau di daerah Barat Daya, dikenal pasti sebagai ‘lokasi panas’ di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ia berdasarkan beberapa insiden pada PRU14. “Ada tiga ‘hotspot’ (lokasi panas), iaitu di Permatang Pauh, Batu Kawan serta Balik Pulau, dan lokasi terbabit dikenal pasti berdasarkan insiden yang lalu. Namun buat masa ini, kita belum menjangka atau mendapat risikan akan berlaku apa-apa (insiden). “Kita…

Read More

Runding semula kerusi Tanjung Piai

JOHOR BAHRU 31 Okt. – Selepas Jerai di Kedah, isu hampir sama dilaporkan berlaku di Johor apabila Amanah ‘terluka’ dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MUDA. Berikutan itu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Johor, Mazlan Aliman menggesa keputusan berkenaan dirunding semula dan kerusi berkenaan diberikan kepada calon parti itu seperti diputuskan sebelum ini. Beliau mendakwa kepemimpinan Amanah dilihat lemah dalam menangani rundingan kerusi yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi. Katanya, keputusan Majlis Presiden PH menyerahkan…

Read More

“Muhyiddin pecat saya, pemimpin Bersatu lain”

PUTRAJAYA 31 Okt. – Perang ‘mulut’ siapa pengkhianat berterusan apabila Dr Mahathir Mohamad, mendakwa Muhyiddin Yasin yang memecatnya sebagai Pengerusi Bersatu dan beberapa pemimpin lain yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton. Katanya, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sangat takut kehilangan jawatan Perdana Menteri hingga menyekat Parlimen daripada bersidang dan meminta darurat diisytiharkan. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), itu mendakwa Muhyiddin seorang yang masih lagi bersikap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri, biarpun beliau sudah jatuh dan dihina UMNO. “Muhyiddin cuba menafikan beliau pengkhianat yang terbabit dengan Langkah Sheraton dan…

Read More

Vaksin baharu Covid-19 tiba November

PUTRAJAYA 31 Okt. – Vaksin baharu Covid-19 keluaran Pfizer, Bivalent, dijangka tiba di Malaysia pada minggu kedua atau ketiga November ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, pembelian vaksin itu bukan menggunakan perolehan tambahan, sebaliknya tempahan sedia ada yang ditukar kepada vaksin jenis baharu itu. Vaksin berkenaan dilaporkan khusus untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik serta warga emas. “Malaysia sudah tempah vaksin Bivalent, jenis baharu daripada Pfizer dan ia dijangka sampai pada November ini,” katanya pada sidang media perkembangan jangkitan Covid-19, di sini, hari ini. Khairy…

Read More

Syed Saddiq cabar menteri mana?

BERTANDING atau tidak? Jawapannya akan diketahui apabila Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat pengumuman pada, Rabu 2 November sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya. Kedudukannya menimbulkan persoalan apabila bekas Menteri Belia dan Sukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu diperintah membela diri dalam empat pertuduhan termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta. Syed Saddiq dalam kenyataannya baru-baru ini menghormati institusi kehakiman dan kini diberi ruang untuk membela diri. “Status saya, nantikan pengumuman pada Rabu ini. Apa yang penting saya menghormati institusi kehakiman. Malah saya sudah menyarankan…

Read More

Pas tanding 60 sasar menang 40

PUTRAJAYA 31 Okt. – Pas dijangka bertanding di 60 kerusi Parlimen dengan menyasarkan menang 40 daripada kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Katanya, senarai calon yang turut menampilkan 10 peratus calon wanita dan ada juga yang direhatkan bagi memberi laluan muka baharu sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di peringkat negeri pada Rabu ini. “Dalam Pas apa sahaja keputusan dibuat pimpinan parti akan diterima baik oleh individu yang tidak tercalon atau direhatkan termasuk ada juga yang dipilih untuk dicalonkan menolak kerana bagi…

Read More

Pengundi Pas dinasihat sokong BN

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan pengundi Pas memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini. Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) yang disertai Pas, Bersatu dan Gerakan tidak mampu menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha gabungan itu menerajui kepemimpinan negara. Justeru, penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu menggesa pengundi Pas mengundi calon BN bagi mengelak kemudaratan lebih serius apabila ‘membenarkan’ PH berada di tampuk pemerintahan negara. Ketika berucap pada majlis bersama jentera BN…

Read More

Syor pakai pelitup muka, ambil booster

PUTRAJAYA 31 Okt. –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan sesak berikutan trend kenaikan jangkitan Covid-19 ketika ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau yang memakai pelitup muka pada sidang media hari ini juga menyarankan pengambilan suntikan penggalak kedua bagi yang berisiko tinggi serta petugas barisan hadapan termasuk yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Booster kedua kadarnya masih rendah, jadi kita harap rakyat Malaysia yang belum terima booster kedua boleh dapatkan. Tidak ada paksaan, hanya ia kemudahan yang kita sediakan,” katanya…

Read More

KJ bersedia ke mana sahaja dicalonkan

PUTRAJAYA 31 Okt. – Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan di mana-mana kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak. Beliau memberi reaksi itu ketika ditanya media bahawa namanya dikatakan tidak ada di Negeri Sembilan tetapi terdapat cadangan dinamakan di Sungai Buloh. “Tak tahulah, saya rasa semua keputusan berkenaan dengan calon pilihan raya ini akan diumumkan tidak lama lagi, biarlah diumumkan pucuk pimpinan “Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya,” katanya ringkas dalam sidang media, di sini.

Read More