Ambil kira jumlah kerusi boleh menang

KIMANIS 23 Okt. – Barisan Nasional (BN) mengambil kira berapa banyak kerusi yang boleh dimenanginya di Sabah sebelum memutuskan sama ada mahu bertanding di semua kerusi atau tidak.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata BN boleh bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan bertembung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi gabungan itu mengambil pendirian untuk bekerjasama.

“Namun akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran dan akhirnya kita kalah,” katanya pada Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 3 Sabah yang disempurnakan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini, hari ini.

Katanya, tujuan kerjasama BN dan GRS yang dibentuk di antara pemimpin kedua-dua pihak adalah semata-mata untuk memastikan kemenangan pada PRU15 di Sabah.

“Tiada guna kita dapat semua (kerusi) tetapi akhirnya kita tidak menang. Tujuan kita (bekerjasama) satu sahaja iaitu untuk menang di setiap kerusi yang kita tanding. Ini nawaitu kita bertanding.

Apa yang penting bukan berapa banyak kerusi kita bertanding tetapi berapa banyak kita boleh menang. Kita boleh tanding 25 kerusi di Sabah dan kita boleh bertembung sesama kita.

“Namun akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran dan akhirnya kita kalah,” katanya pada Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 3 Sabah yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyempurnakan projek naik taraf Jalan Manggis-Bongawan bernilai RM127 juta dan pembinaan masjid kedua Bongawan dengan peruntukan RM4 juta.

Ismail Sabri berkata, BN perlu memperoleh kemenangan besar untuk kembali berkuasa pada PRU15 melalui semangat kerjasama dan solidariti bersama rakan dalam BN dan dengan GRS di Sabah.

“Ketika saya menjadi ketua pembangkang (ketika kerajaan PH) peruntukan hanya RM100,000 untuk Ahli Parlimen tetapi apabila kita kuasai Putrajaya, kita boleh umumkan masjid RM4 juta kerana kita ada kuasa lulus. Begitu juga untuk luluskan projek jalan di kawasan ini. Itulah pentingnya kita mempunyai kuasa.

“Sebab itu yang penting menang semua kerusi dan untuk itu kita perlu bersolidariti dalam UMNO dan komponen BN serta GRS. Ini yang penting,” katanya.

Katanya, walaupun sebelum ini beliau menjadi Perdana Menteri, BN hanya mempunyai 42 kerusi yang bila-bila masa boleh berubah jika pihak lawan mahu.

Beliau berkata, memorandum persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kerajaan bukan penyelesaianan kerana BN tidak boleh bergantung kepada parti lain untuk memerintah.

BN dan GRS membentuk kerjasama untuk berdepan dengan PH dan Parti Warisan di Sabah sebagai langkah mengelak pertembungan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan BN pada PRU15.

Related posts

Leave a Comment