DAP Sarawak guna logo roket

SIBU 23 Okt. – DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain menggunakan logo gabungan itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri ini kerana mereka telah biasa dengan logo roket.

“Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu, di sini hari ini.

DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Sarikei.

Dua lagi kerusi yang cuba untuk dimenangi kali ini adalah Serian dan Bintulu.

Related posts

Leave a Comment