PH tanding semua kerusi Parlimen Sabah

TAWAU 23 Okt. – Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, senarai calon dan jumlah kerusi termasuk yang ditandingi PKR akan diumumkan pada Jumaat ini.

Katanya, PKR yakin dapat mempertahan tiga kerusi Parlimen iaitu Tawau (Christina Liew), Putatan (Awang Husaini Sahari) dan Ranau (Jonathan Yasin) yang dimenangi pada PRU14.

Daripada tinjauan kita, keupayaan semakin meningkat,” katanya selepas menghadiri Jelajah Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Anwar ketika berucap pada majlis itu berkata, isu utama yang perlu menjadi keutamaan pengundi pada PRU15 ialah dasar yang boleh membantu rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, PRU-15 medan terbaik untuk menentukan pimpinan peringkat nasional bagi mengangkat isu Sabah.

“Pilihan raya ini untuk siapa? Jika untuk rakyat, maka kena pilih calon yang berjuang dan mempertahan mandat rakyat,” katanya.

Related posts

Leave a Comment