Kempen Nukilan Buat Najib

KUALA LUMPUR 27  Ogos – UMNO akan melaksanakan empat pendekatan yang diinsipirasikan daripada perjuangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendekatan pertama adalah menggerakkan kempen Nukilan Buat Najib, yang akan turut dijayakan di peringkat bahagian dan cawangan yang sedang bermesyuarat pada bulan ini. “Tulislah catatan masing-masing dan berilah kata-kata semangat, perangsang dan ucapan terima kasih kepada beliau. Ibu pejabat akan mengumpulkannya dan menjadi surat rakyat untuk tatapan beliau yang sedang terkurung di sana. “Kedua, kita perlu bersedia dan memberi sokongan…

Read More

Luahan rasa anak-anak Najib

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Luahan rasa dua anak bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak menarik perhatian ramai pada perjumpaan khas UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini. Kebanyakan mereka juga tersentuh apabila anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa membaca warkah dari penjara yang ditulis oleh Najib. Turut diberi peluang untuk berucap pada majlis yang juga dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor adalah anak lelaki Najib iaitu Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan. Nooryana yang menitiskan air mata ketika berucap berkata, beliau sudah…

Read More

PRU-15 : PH bersedia seawal Oktober

SHAH ALAM 27 Ogos – Pakatan Harapan (PH) bersedia sepenuhnya untuk mengharungi ‘perang’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seawal Oktober ini, kata Pengerusi PH,  Anwar Ibrahim. Katanya, gabungan itu juga kini merangka strategi baharu, dengan mengambil kira kelemahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. “Pada Oktober, kita sudah bersedia sepenuhnya. Kita akui beberapa kelemahan dalam PRN dan kini kita lihat suasananya sudah berbeza,” katanya. Beliau berkata, sebagai satu pasukan dan sebahagian besar keputusan PRN adalah terpalit daripada penguasaan selama 22 bulan kerajaan PH, sama ada sumbangan atau…

Read More

Cadang Pas guna ‘bulan’ di Terengganu

SERDANG 27 Ogos – Seorang perwakilan Perikatan Nasional (PN) Terengganu menyarankan satu kaji selidik dijalankan untuk menilai sama ada lambang Pas atau PN yang boleh menjamin kemenangan besar di Terengganu dalam PRU-15. Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Alur Limbat daripada Pas, Ariffin Deraman, berkata ia berikutan senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan. Beliau yang mencadangkan PN di negeri itu menggunakan lambang Pas berkata, cadangan itu bukan bermakna pimpinan Pas tidak menerima lambang PN, tetapi kajian di Kelantan dan Terengganu adalah bagi…

Read More

PN utamakan kepentingan rakyat

SERDANG 27 Ogos – Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan ia dibuktikan ketika negara bergelut dengan cabaran pandemik pada 2020, kata Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Situasi itu katanya berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan ‘ambil mana yang sempat’. Beliau menegaskan tidak pernah mengambil walau satu sen pun duit rakyat ketika menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mengarahkan Menteri Kewangan mencari wang tambahan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19. “Inilah beza PN dan BN. Saya beri arahan kepada Menteri Kewangan supaya cari duit, bukan curi duit,…

Read More

Muhyiddin calon PM PN

SERDANG 27 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dalam usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusi PN,  Dominic Law yang juga Presiden Gerakan berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu akan tetap mendapat sokongan kesemua parti dalam gabungan tersebut sebagai Perdana Menteri ke-10 negara. Sehubungan itu, PN tegas beliau, akan memberi tumpuan mengukuhkan kekuatan dan perpaduan dalam usaha mendapat sokongan rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan Persekutuan. “Kita akan ambil alih kerajaan Persekutuan dan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri…

Read More

PH kerajaan mi segera

SERDANG 27 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini didakwa dipenuhi kecelaruan dan kegopohan, selain disifatkan sebagai ‘kerajaan mi segera’, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. “PH kerajaan yang gopoh dan ‘kerajaan mi segera’. Masaknya segera, banyak hal-hal mentah, hingga ia terpaksa dijatuhkan. Ketika PH mengambil alih kerajaan, mereka bercelaru. “Sudahlah kerajaan mi segera, tidak masak, berlaku pula krisis berebut nak jadi Perdana Menteri, menyebabkan alpa masalah yang patut diutamakan,” kata  Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. Berucap pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di…

Read More

Kenaikan harga lebih terkawal

BERA 27 Ogos  – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat mula melihatkan hasil yang positif, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol. Beliau berkata, kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia. Menurut Ismail Sabri, langkah kerajaan seterusnya memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) kepada Program Jualan Murah Keluarga…

Read More

Sama ada tahun ini, tahun depan BN kalah

SERDANG 27 Ogos –  Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk melangkah masuk gelanggang berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa, kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Malah, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat ditumpaskan dalam PRU-15 tanpa mengira sama ada Parlimen dibubarkan tahun ini atau tahun depan, berdasarkan laporan yang mendakwa sokongan terhadap BN semakin merosot. “Saya ada baca kenyataan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN. Dia kata pilihan raya mesti diadakan pada tahun ini bukan tahun depan. Kalau tunggu tahun depan, BN mungkin kalah. Kalau tahun ini pun, BN…

Read More

Ismail Sabri berdepan tekanan?

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Tindakan kerajaan menjadualkan semula pembentangan Belanajawan 2023 bukanlah sesuatu yang di luar kelaziman, namun, ia petanda Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan dari dalam parti. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, proses penyediaan Belanjawan 2023 tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang turut melibatkan Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan isu-isu pokok seperti percukaian. Umumnya dalam praktik kita dalam satu dua tahun ini, ada perundingan dengan PH berdasarkan memorandum persefahaman, umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, pertanggungjawaban dalam beberapa isu pokok yang mahu dibentangkan. “Ini (rundingan) belum bermula,…

Read More