Bazar Ramadan Bukit Nyamuk tutup

ALOR SETAR 22 April  – Kegagalan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan Bazar Ramadan Bukit Nyamuk di Kuala Nerang diarah tutup mulai hari ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) Suhaimi Abd Rahman.

penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian atau penularan wabak Covid-19 daripada berlaku di dalam kelompok komuniti daerah ini,

Bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan malam tadi  tidak menyatakan tempoh penutupan bazar Ramadan itu.

Katanya antara SOP yang gagal dipatuhi peniaga dan pengunjung seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah tidak menyediakan kaunter saringan dan pemeriksaan suhu badan, tiada kawalan keluar masuk ke tapak bazar, tidak memakai pelitup muka, dan sebagainya.

Beliau berkata jika arahan berkenaan gagal dipatuhi, tindakan penguatkuasaan serta undang-undang akan diambil selaras dengan peruntukan kuasa kepada MDPT di bawah Seksyen 72(1)(f) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Related posts

Leave a Comment