DAMSYIK – Lima kanak-kanak maut, manakala seorang cedera dalam satu kejadian letupan periuk api yang ‘ditinggalkan’ semasa pemerintahan kerajaan Presiden, Bashar Assad yang digulingkan.
Kejadian berlaku di kampung Um Khuzaym di kawasan luar bandar, di barat laut Syria dekat wilayah Idlib.
Periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup kekal berselerak di seluruh Syria selepas lebih 13 tahun perang saudara, di mana terdapat beberapa pihak didakwa menanam periuk api.
Perkhidmatan Tindakan Periuk Api Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan 1,337 insiden letupan yang membunuh atau mencederakan 2,375 individu , termasuk lebih 850 kanak-kanak.
Syria mencatatkan jumlah kematian akibat periuk api dan sisa letupan tertinggi di dunia tahun lalu dengan 1,600 individu terbunuh atau cedera, berdasarkan laporan awal yang diterbitkan pada Jun oleh Pemantau Periuk Api dan Munisi Berkelompok.
Nnn
