Kes harian meningkat semula

BANGKOK 31 Ogos – Selepas angka jangkitan Covid-19 dilaporkan di bawah 1,000 semalam, Thailand hari ini mencatatkan peningjatan semula kes iaitu 2,240 berbanding 994 semalam dan 1,273 sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,650,919. Pada masa yang sama sebanyak 28 lagi mangsa Covid-19 dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 32,303 orang. Sebanyak 15,754 menerima rawatan Covid-19 manakala 1,917 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,602,862.orang.

Read More

UMNO Kelantan tanding 9 Parlimen

PASIR MAS 31 Ogos – UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kawasan yang akan ditandingi. Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN. Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen. Beliau berkata, tidak mustahil untuk UMNO meletak sasaran bagi kawasan Parlimen memandangkan pada PRU-11 iaitu 2004, UMNO pernah memenangi sembilan kerusi. Beliau berkata…

Read More

Korea Selatan mansuh ujian prapelapasan

SEOUL: Mulai Sabtu ini, Korea Selatan akan menamatkan peraturan ujian prapelepasan Covid-19, RT-PCR untuk pelancong yang tiba ke negara itu. Mei lalu, Korea Selatan menarik balik kebanyakan sekatan berkaitan Covid-19 tetapi, mengekalkan beberapa langkah kawalan sempadan. Ini termasuk menetapkan mana-mana pengembara masuk untuk mengemukakan keputusan ujian Covid-19 negatif yang diambil sebelum berlepas. Jangkitan harian Covid-19 di negara itu berada pada sekitar 100,000 dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas mencapai lebih 180,000 pada pertengahan Ogos. Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Ki-il dalam satu mesyuarat berkata, peraturan baharu itu dilaksana selepas jawatankuasa penasihat penyakit…

Read More

Ucapan selamat dari Kedutaan AS

KUALA LUMPUR – ‘Salam Sejahtera ! Saya Brian McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Bagi pihak rakyat Amerika Syarikat, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 kepada rakyat Malaysia” Itu permulaan ucapan selamat dalam bahasa Melayu diplomat AS di Malaysia itu yang boleh diikuti melalui video singkat di Facebook Kedutaan AS hari ini. Dalam ucapannya, yang turut memaparkan gambar-gambar hubungan Malaysia-AS, beliau berharap, hubungan persahabatan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akan terus kekal dan kukuh seterusnya ditingkatkan dalam mencapai kemajuan ke arah matlamat bersama iaitu Indo-Pasifik yang bebas…

Read More

Kes harian naik lepasi 2,000

PUTRAJAYA 31 Ogos – Selepas jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,946 kelmarin, kes harian semalam meningkat semula melebihi 2,000 dengan 2,144 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,780,284. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan tiga kes import sementara yang lain kes penularan tempatan. Sehingga kini, negara masih mempunyai 31,159 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 29,784 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Mengenai kes kematian, empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat penularan Covid-19, menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada 36,210…

Read More

Kes cacar monyet tertinggi di AS

LOS ANGELES: Data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 17,432 kes cacar monyet di seluruh negara setakat Jumaat lalu, jumlah tertinggi di dunia. Menurut data CDC, kes tertinggi dicatatkan di New York dengan 3,124 kes, diikuti oleh California 3,291 kes dan Florida dengan 1,739 kes. Pengarah CDC Rochelle Walensky bagaimanapun berkata, kadar jangkitan wabak dilihat semakin perlahan Sementara itu, Pegawai AS berkata, vaksin cacar monyet tambahan tersedia kepada orang ramai mulai September. Sebelum ini Pentadbiran Biden mendapat kritikan berikutan tindak balasnya terhadap wabak cacar…

Read More

Keluarga Malaysia rai Hari Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR 31 Ogos –  Dua tahun tanpa perbarisan sempena hari ulang tahun kemerdekaan akibat pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini kembali diraikan di Dataran Merdeka. Dilaporkan lebih 50,000 keluarga Malaysia sejak awal pagi berada di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957. Pada kali ini, lebih 20,000 peserta terlibat dalam acara persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi. Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negara, termasuk…

Read More

Dr Latiff akhirnya lapor polis

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali membuat penafian, akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),  Dr Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkannya dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS). Melalui hantaran di Facebook hari ini, laporan itu dibuat oleh pegawainya malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Ahli Parlimen Mersing itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan tohmahan dicipta untuk merosakkan nama baiknya bagi tujuan politik. “Satu laporan polis telah dibuat berkenaan dengan fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh saudara…

Read More

Dr Mahathir positif Covid-19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan Covid-19 pagi ini. Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari. Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau. Petang semalam Dr Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) hadir pada majlis Sesi Dialog pimpinan Perkasa seluruh Malaysia dan NGO-NGO Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Read More