SINGAPURA 26 Ogos – Sempena lawatan negara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Singapura kelmarin, sejenis orkid baharu diperkenalkan. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan mempersembahkan orkid itu yang didaftarkan dengan nama Dendrobium ‘Hassanal Saleha’ iaitu satu kacukan bunga Dendrobium ‘Singa Friendship’ dengan Dendrobium ‘Simon Tan’. Bunga Orkid hibrid ini tumbuh dengan bebas (free-flowering) dan teguh malah ia juga turut menghasilkan jambak bunga yang berdiri kira-kira 50 sm panjang dan mengandungi lebih daripada 30 bunga yang tersusun rapi di mana setiap…
Read MoreMonth: August 2022
Bersih gesa terus penggal Parlimen ke-14
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua parti untuk mewujudkan konvensyen perlembagaan iaitu ‘Parlimen Berpenggal Tetap’ dengan meneruskan Parlimen ke-14 sehingga 15 Julai 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih berkata, melalui ‘Parlimen Berpenggal Tetap’, setiap Parlimen akan bertahan sehingga penghujungnya dan pembubaran dibenarkan dalam dua keadaan. Pertama, apabila kerajaan hilang keyakinan di Parlimen dan kedua, apabila dua pertiga Parlimen bersetuju untuk pembubaran awal. “Melalui ‘Parlimen Berpenggal Tetap’, tarikh pilihan raya biasanya adalah tetap. Ini akan menyumbang kepada kestabilan politik dengan tidak menggalakkan…
Read MoreKes harian Covid-19 catat 3,118
PUTRAJAYA 27 Ogos – Walaupun menunjukkan penurunan, jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam masih melebihi 3,000 kes apabila merekodkan 3,118 berbanding 3,206 kelmarin. Menurut data KKM melalui laman sesawang COVIDNOW, tujuh daripada kes berkenaan adalah kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 4,733,438 sejak 25 Januari 2020. Sebanyak 3,363 kes sembuh juga dilaporkan setakat tengah malam tadi, yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 4,699,584 orang. Menurut KKM, enam kematian Covid-19 direkodkan semalam iaitu di Perak dan Selangor (masing-masing dua kes termasuk satu kes…
Read MoreBerita pilihan…
Covid-19, konflik, iklim cetus krisis makanan
JUMLAH penduduk berdepan krisis bekalan makanan tidak mencukupi di seluruh dunia dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda kepada 345 juta orang sejak 2019, demikian menurut Program Makanan Sedunia (WFP). Peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan pandemik Covid-19, konflik dan perubahan iklim. Pengarah rantau WFP, Corinne Fleischer berkata, seramai 135 juta penduduk mengalami kebuluran serius di seluruh dunia sebelum krisis coronavirus dan angka itu meningkat serta dijangka bertambah lagi disebabkan perubahan iklim selain konflik. Kesan cabaran alam sekitar dilihat sebagai satu lagi faktor ketidakstabilan yang boleh mendorong krisis makanan berlaku, sekali gus…
Read MoreVaksin : Moderna saman pesaing
MODERNA, syarikat pembuat vaksin Covid-19 menyaman pesaingnya Pfizer, serta rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech kerana didakwa melanggar paten penghasilan vaksin Covid-19 yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua syarikat itu didakwa meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula. Tuntutan mahkamah itu difailkan di Mahkamah Massachusetts dan Mahkamah Dusseldorf di Jerman. Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel dalam kenyataan berkata, tuntutan mahkamah itu untuk melindungi platform inovatif teknologi mRNA yang dirintis oleh syarikat itu. Moderna mendakwa, Pfizer-BioNTech, tanpa kebenarannya, meniru teknologi mRNA yang dipaten oleh Moderna antara 2010…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 27.08.2022
Rafizi tidak jujur, sengaja fitnah
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengulangi kesediaannya untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang dijelaskannya berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS). Pada masa yang sama, beliau juga meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bersikap lebih jujur dalam berpolitik serta membuktikan individu bernama Zainab Mohd Salleh adalah isteri keduanya. Dalam satu kenyataan malam ini, Ahli Parlimen Mersing itu berkata, walaupun beliau telah memberikan penjelasan, Rafizi masih berterusan dengan pembohongannya. “Maka dengan ini, saya membuat penjelasan yang…
Read MoreKarnival wujud peluang niaga berterusan
KUALA LUMPUR 26 Ogos – UDA Holdings Berhad (UDA) menganjurkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia bagi mewujudkan peluang perniagaan secara berterusan, dan memastikan ‘Keluarga Usahawan’usahawan terus berdaya saing. Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata langkah proaktif itu diharap dapat menjamin kelangsungan perniagaan, terutama dalam persekitaran ekonomi negara yang sedang dalam fasa pemulihan. “Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia ini adalah antara inisiatif UDA bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan di Malaysia. Inisiatif ini juga diharap dapat merancakkan pembabitan orang ramai untuk menceburi…
Read MorePembentangan Belanjawan 2023 diawalkan
PUTRAJAYA 26 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober diawalkan kepada 7 Oktober. Katanya, pembentangan akan dibuat tiga minggu lebih awal, pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2002) yang bermula pada 3 Oktober nanti. Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (9 hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri. Manakal takwim baharu…
Read More