PUTRAJAYA 28 Ogos – Selepas dua hari merekodkan angka melebihi 3,000, jumlah kes harian Covid-19 semalam turun kepada 2,491, kesemuanya kes tempatan berbanding 3,118 kelmarin dan 3,206 pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan keseluruhan kes positif yang dilaporkan sejak Januari 2020 hingga kini mencecah angka 4,735,929. Pada masa sama, sebanyak 3,715 kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 4,703,299 keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19. Lima kematian akibat Covid-19 semalam, di mana dua kes masing-masing di Selangor dan Kuala Lumpur manakala satu kes kematian…
Read MoreMonth: August 2022
Covid-19: 1 juta korban menyayat hati
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan sejuta kematian akibat Covid-19 tahun ini adalah sesuatu yang menyayat hati kerana ujian, rawatan, vaksin dan langkah kesihatan awam untuk mengawal penyakit itu semuanya tersedia. Ketua Teknikal bagi Covid-19 WHO Maria Van Kerkhove berkata, sudah tiba masanya untuk pemeriksaan realiti terhadap virus itu. “Memandangkan kita berada di tahun ketiga pandemik, ia lebih tragis memandangkan kita mempunyai alat yang sebenarnya boleh mencegah kematian ini,” katanya kepada interaksi langsung di saluran media sosial WHO. “Ramai di antara kita telah menjadi ‘tiada perasaan’ kepada angka. Kita perlu…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 28.08.2022
PM : GTA mahu menang dulu PRU
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan menamakan calon Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya mahu memfokus kepada mencapai kemenangan terlebih dahulu. Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada guna jika menamakan calon berkenaan tetapi gagal memenangi pilihan raya itu. “Oleh itu, kita mahu menang dulu. Kita memang ada calon-calon tetapi tidak perlu tunjuk orang ini dan orang itu, kerana ia hanya akan memecahbelahkan. GTA berjaya menarik sokongan orang Melayu berwibawa dan bersih yang mengutamakan agama serta bangsa,” katanya. Beliau berkata demikian pada…
Read MoreSegerakan pembahagian kerusi
SERDANG 27 Ogos – Perikatan Nasional (PN) Perak menggesa supaya pembahagian kerusi dalam kalangan parti gabungan disegerakan supaya gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat dijalankan. Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria, berkata pimpinan parti juga perlu memuktamadkan nama individu yang akan diketengahkan sebagai calon pada PRU-15, di samping memuktamadkan logo parti yang akan digunakan. Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, langkah menyegerakan pembahagian kerusi dapat membantu parti merancang untuk mencapai kemenangan. Razman berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)…
Read MorePN pilih mana satu BN atau PH
SERDANG 27 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH)? Mana satu jadi pilihan Perikatan Nasional ( PN), untuk memastikan kemenangan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) j Perikatan Nasional (PN) perlu memilih sama ada mahu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika mahu kembali ke Putrajaya. Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan itu adalah pilihan rasional memandangkan strategi satu lawan satu dilihat sebagai ramuan terbaik untuk PN menang dan membentuk kerajaan dalam PRU-15.…
Read MoreBuka semula pintu rundingan – PN
SERDANG 27 Ogos – Di sebalik keyakinan Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pengerusi PN itu meminta parti pembangkang lain membuka semula pintu rundingan. Katanya, rundingan pembangkang dengan PN itu perlu jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara. Beliau berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun…
Read MoreRafizi ‘Detektif Conan’ PKR
SHAH ALAM 27 Ogos – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mengakui pendedahan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS), dibuat bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya kerana hobi dan minatnya untuk menjadi seperti Detektif Conan. Pengarah Pilihan Raya PKR itu berkata beliau sudah mengetahui isu LCS sejak lima bulan lalu dan mengkajinya selepas itu, sebelum didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), awal bulan ini. “Saya pilih isu ini bukan semata-mata untuk politik. Ia juga hobi saya kerana saya sebenarnya suka (jadi) macam Detektif Conan,” katanya pada sidang media…
Read MoreDesakan PRU bukan kerana Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Desakan UMNO supaya diadakan segera Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) bukan kerana gila kuasa, kedudukan atau menjaga kedudukan hamba Allah bernama Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan desakan, bukan kerana beliau takut kepada hukuman bagi kes rasuah yang dihadapinya. Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sentiasa konsisten untuk pilihan raya diadakan segera kerana membawa suara ahli parti, selain menghormati mandat rakyat. Katanya, beliau masih percaya bahawa sistem perundangan tidak memihak kepada mana-mana individu dan desakan supaya…
Read MoreUMNO tidak ada ‘DNA kekacauan’
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memberi jaminan untuk tidak menjadikan jalan raya atau pusat beli-belah sebagai lokasi untuk ahli parti bersolidariti buat bekas Perdana Menteri Najib Razak. Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai DNA mewujudkan kekacauan apatah lagi merosakkan ketenteraman awam di negara ini. “Walaupun berhadapan dengan fitnah dan mehnah, kita masih waras dalam bertindak. Kita adalah parti yang membawa kemakmuran, parti yang menjamin kestabilan dan kesejahteraan,” katanya. Beliau berkata, ahli UMNO, hari ini berhimpun di Dewan Merdeka di Pusat…
Read More