PM : GTA mahu menang dulu PRU

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan menamakan calon Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya mahu memfokus kepada mencapai kemenangan terlebih dahulu.

Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada guna jika menamakan calon berkenaan tetapi gagal memenangi pilihan raya itu.

“Oleh itu, kita mahu menang dulu. Kita memang ada calon-calon tetapi tidak perlu tunjuk orang ini dan orang itu, kerana ia hanya akan memecahbelahkan.

GTA berjaya menarik sokongan orang Melayu berwibawa dan bersih yang mengutamakan agama serta bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Nasional Parti Berjasa 2022, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, GTA menepis penyertaan pemimpin yang hanya mementingkan ‘poket sendiri’ berbanding rakyat dan negara.

Sebab itu GTA semakin hari semakin kuat, dan saya percaya orang Melayu akan sedar serta memberi sokongan kepada gerakan ini pada PRU15.

“Saya juga sudah berjumpa kumpulan Melayu dan mereka sudi memberi sokongan. Mereka turut kecewa dengan apa yang berlaku dalam negara, pemimpin sedia ada tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan poket sendiri, selain merosakkan perjuangan selamatkan negara yang dicetuskan pemimpin terdahulu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment