Kenaikan elaun 9,439 anggota Kemas

SERDANG 28 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan elaun 9,439 Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarela Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)  yang sebelum ini RM500 kepada RM800. Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan kenaikan bantuan kos sara hidup kepada RM500 berbanding RM300 sebelum ini bagi mengenang jasa anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) melibatkan 4,423 orang. “Ini adalah sebagai menghargai jasa, sumbangan dan tenaga anggota Kemas dalam melaksanakan segala usaha untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun Kemas, di…

Read More

Lebih 100,000 bantah pengampunan

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Beberapa petisyen berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kini muncul di laman sesawang Change.org. Dua daripada petisyen itu menuntut pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke atas Najib, manakala satu lagi diwujudkan agar Ahli Parlimen Pekan itu tidak wajar diampunkan. Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan dan Adil (BERSIH) sehingga pukul 3 petang ini berjaya mengumpulkan 109,097 tandatangan. Daripada…

Read More

Rakyat kecewa jika Najib bebas

IPOH 28 Ogos – Rakyat akan kecewa sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibebaskan selepas didapati bersalah oleh mahkamah, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad. Katanya, pembebasan bekas Perdana Menteri itu bukanlah perkara mustahil kerana masih mempunyai peluang melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong. “Langkah pertama ialah Perdana Menteri mesti mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong permohonan untuk membebaskan Najib dan Agong boleh buat apa saja keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Jelajah Sayang Bangsa di Jalan Pasir Putih, di sini, malam tadi. Dr Mahathir yang juga Ahli…

Read More

Warisan, Bersatu kini PBM

KOTA KINABALU 28 Ogos – Lompat lagi ! Kali ini Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Dr Mohamadin Ketapi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Mohamadin yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan keluar parti itu pada Oktober 2021 dan menjadi wakil rakyat bebas, kemudian menyertai Bersatu pada November tahun lalu. Pada Jun lalu, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu meninggalkan Bersatu. Mohamadin menjelaskan keputusannya menyertai PBM berikutan matlamat utama…

Read More

Larangan tukar parti kuat kuasa September

KUCHING 28 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dijangka berkuat kuasa pertengahan bulan depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen),  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata RUU itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan sedang menunggu perkenan baginda. Beliau yakin RUU berkenaan akan dikuatkuasakan pada minggu kedua September ini. “Jika ada perkara yang perlu diperjelaskan, Tuanku akan memanggil Peguam Negara ( Idrus Harun) untuk memberi penjelasan lanjut mengenai RUU itu,” katanya…

Read More

Sedih Melayu terus bercakaran

PASIR GUDANG 28 Ogos – Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor sedih melihat pemimpin Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan berebut kuasa berbanding membela nasib rakyat terutama anak bangsa yang masih ketinggalan dan miskin. Pengerusinya, Abd Rahman Yunos, berkata tindakan sedemikian akhirnya merugikan, malah tidak menguntungkan mana-mana pihak. Beliau berkata, golongan terbabit lebih mengutamakan kepentingan diri dan kelompok mereka tanpa memikirkan apa yang sedang berlaku. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan pemberian sumbangan kepada anak yatim di Bandar Seri Alam, di sini semalam. Abd Rahman juga…

Read More

MKT bincang solidariti

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) malam tadi membincangkan solidariti bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin, berkata mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut membincangkan mengenai kestabilan ekonomi dan negara. “Benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti, parti kuat, calon kita menang,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, malam tadi. Ditanya sama ada mesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya, beliau yang…

Read More

Ucapan Azalina beri imej hodoh

JOHOR BAHRU 28 Ogos – Ucapan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman, yang secara terbuka menyindir serta menyalahkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bukan sahaja mengecewakan malah memberi gambaran salah terhadap parti itu kepada masyarakat. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin, mendesak Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, supaya melepaskan jawatannya itu bagi menjaga integriti Perdana Menteri. Menurut laporan BH, Mohd Fuad berkata, sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Azalina seharusnya memberi kenyataan matang dan lebih bertanggungjawab, namun beliau bertindak sebaliknya dan memberi gambaran salah bahawa Perdana Menteri…

Read More

PRU15 pilihan raya terpenting

IPOH 28 Ogos – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pilihan raya yang terpenting bagi memastikan negara kembali berada di landasan yang betul, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad. Beliau mahu pengundi mengundi memilih parti yang baik bukannya mereka yang menyalahgunakan kuasa seperti berlaku sebelum ini. “Sebab itulah kita jangan salah gunakan kuasa kita, kuasa mengundi. Apabila kita ada pilihan raya, undilah parti yang baik dan tolaklah parti penyangak, parti yang menipu, yang mencuri duit dan sebagainya,” kata Dr Mahathir. Beliau berkata demikian ketika berucap pada…

Read More