PM : GTA mahu menang dulu PRU

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan menamakan calon Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya mahu memfokus kepada mencapai kemenangan terlebih dahulu. Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada guna jika menamakan calon berkenaan tetapi gagal memenangi pilihan raya itu. “Oleh itu, kita mahu menang dulu. Kita memang ada calon-calon tetapi tidak perlu tunjuk orang ini dan orang itu, kerana ia hanya akan memecahbelahkan. GTA berjaya menarik sokongan orang Melayu berwibawa dan bersih yang mengutamakan agama serta bangsa,” katanya. Beliau berkata demikian pada…

Read More

Segerakan pembahagian kerusi

SERDANG 27 Ogos – Perikatan Nasional (PN) Perak menggesa supaya pembahagian kerusi dalam kalangan parti gabungan disegerakan supaya gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat dijalankan. Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria, berkata pimpinan parti juga perlu memuktamadkan nama individu yang akan diketengahkan sebagai calon pada PRU-15, di samping memuktamadkan logo parti yang akan digunakan. Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, langkah menyegerakan pembahagian kerusi dapat membantu parti merancang untuk mencapai kemenangan. Razman berkata demikian ketika berucap pada  Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)…

Read More

PN pilih mana satu BN atau PH

SERDANG 27 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH)? Mana satu jadi pilihan Perikatan Nasional ( PN), untuk memastikan kemenangan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) j Perikatan Nasional (PN) perlu memilih sama ada mahu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika mahu kembali ke Putrajaya. Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan itu adalah pilihan rasional memandangkan strategi satu lawan satu dilihat sebagai ramuan terbaik untuk PN menang dan membentuk kerajaan dalam PRU-15.…

Read More

Buka semula pintu rundingan – PN

SERDANG 27 Ogos – Di sebalik keyakinan Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pengerusi PN itu meminta parti pembangkang lain membuka semula pintu rundingan. Katanya, rundingan pembangkang dengan PN itu perlu jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara. Beliau berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun…

Read More

Rafizi ‘Detektif Conan’ PKR

SHAH ALAM 27 Ogos – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mengakui pendedahan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS), dibuat bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya kerana hobi dan minatnya untuk menjadi seperti Detektif Conan. Pengarah Pilihan Raya PKR itu berkata beliau sudah mengetahui isu LCS sejak lima bulan lalu dan mengkajinya selepas itu, sebelum didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), awal bulan ini. “Saya pilih isu ini bukan semata-mata untuk politik. Ia juga hobi saya kerana saya sebenarnya suka (jadi) macam Detektif Conan,” katanya pada sidang media…

Read More

Desakan PRU bukan kerana Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Desakan UMNO supaya diadakan segera Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) bukan kerana gila kuasa, kedudukan atau menjaga kedudukan hamba Allah bernama Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan desakan, bukan kerana beliau takut kepada hukuman bagi kes rasuah yang dihadapinya. Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sentiasa konsisten untuk pilihan raya diadakan segera kerana membawa suara ahli parti, selain menghormati mandat rakyat. Katanya, beliau masih percaya bahawa sistem perundangan tidak memihak kepada mana-mana individu dan desakan supaya…

Read More

UMNO tidak ada ‘DNA kekacauan’

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memberi jaminan untuk tidak menjadikan jalan raya atau pusat beli-belah sebagai lokasi untuk ahli parti bersolidariti buat bekas Perdana Menteri Najib Razak. Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai DNA mewujudkan kekacauan apatah lagi merosakkan ketenteraman awam di negara ini. “Walaupun berhadapan dengan fitnah dan mehnah, kita masih waras dalam bertindak. Kita adalah parti yang membawa kemakmuran, parti yang menjamin kestabilan dan kesejahteraan,” katanya. Beliau berkata, ahli UMNO, hari ini berhimpun di Dewan Merdeka di Pusat…

Read More

Kempen Nukilan Buat Najib

KUALA LUMPUR 27  Ogos – UMNO akan melaksanakan empat pendekatan yang diinsipirasikan daripada perjuangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendekatan pertama adalah menggerakkan kempen Nukilan Buat Najib, yang akan turut dijayakan di peringkat bahagian dan cawangan yang sedang bermesyuarat pada bulan ini. “Tulislah catatan masing-masing dan berilah kata-kata semangat, perangsang dan ucapan terima kasih kepada beliau. Ibu pejabat akan mengumpulkannya dan menjadi surat rakyat untuk tatapan beliau yang sedang terkurung di sana. “Kedua, kita perlu bersedia dan memberi sokongan…

Read More

Luahan rasa anak-anak Najib

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Luahan rasa dua anak bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak menarik perhatian ramai pada perjumpaan khas UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini. Kebanyakan mereka juga tersentuh apabila anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa membaca warkah dari penjara yang ditulis oleh Najib. Turut diberi peluang untuk berucap pada majlis yang juga dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor adalah anak lelaki Najib iaitu Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan. Nooryana yang menitiskan air mata ketika berucap berkata, beliau sudah…

Read More

PRU-15 : PH bersedia seawal Oktober

SHAH ALAM 27 Ogos – Pakatan Harapan (PH) bersedia sepenuhnya untuk mengharungi ‘perang’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seawal Oktober ini, kata Pengerusi PH,  Anwar Ibrahim. Katanya, gabungan itu juga kini merangka strategi baharu, dengan mengambil kira kelemahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. “Pada Oktober, kita sudah bersedia sepenuhnya. Kita akui beberapa kelemahan dalam PRN dan kini kita lihat suasananya sudah berbeza,” katanya. Beliau berkata, sebagai satu pasukan dan sebahagian besar keputusan PRN adalah terpalit daripada penguasaan selama 22 bulan kerajaan PH, sama ada sumbangan atau…

Read More