Syor varian baharu Covid-19

MOSCOW –  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangka mengeluarkan syor mengenai varian baharu Covid-19, PJ.2.1, pada Disember.

Menurut WHO, Kumpulan Penasihat Teknikal WHO akan meneliti data mengenai varian PJ.2.1, ST.1 dan SW.2.1 dalam perbincangannya pada Disember 2026.

Kumpulan itu yang bermesyuarat secara berkala untuk menyemak dan mengemas kini syor berkaitan komposisi vaksin, akan menganalisis maklumat mengenai evolusi genetik dan epidemiologi, selain data berkaitan ciri antigen, imunogenisiti serta keberkesanan vaksin.

Pejabat WHO di Rusia sebelum ini memaklumkan bahawa risiko penularan varian baharu koronavirus PJ.2.1 di seluruh dunia semakin meningkat dan  sedang memantau dengan teliti penularan varian berkenaan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment