Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR

PETALING JAYA 20 Julai – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Naib Presiden PKR bagi mengisi salah satu tiga jawatan lantikan yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Beliau yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini dilantik bersama dua lagi iaitu Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, K Saraswathy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari. Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga mengumumkan pelantikan semula Saifuddin Nasution Ismail sebgai Setiausaha Agung, Bendahari Agung  William Leong dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan. “Ketua Setiausaha Pengelola, iaitu…

Read More

Kes pertama varian Omicron BA.2.75

BANGKOK 20 Julai – Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi di wilayah Trang, Thailand melaporkan kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75. Menurut kenyataan pusat itu, sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun dan analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75. Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai Centaurus pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand. Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun…

Read More

Sultan Johor terima anugerah NUS

SINGAPURA 20 Julai – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh National University of Singapore (NUS). Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Presiden Singapura,  Halimah Yacob, yang juga Canselor NUS di Istana pada hari ini bagi mengiktiraf sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Johor dan Singapura. Baginda Tuanku Sultan tiba di Singapura pada pagi tadi bagi lawatan rasmi di atas jemputan Perdana Menteri, Dato’ Lee Hsien Loong. Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan…

Read More

10,293 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,293‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,626,360. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,896 adalah jangkitan tempatan dan 397 ‬kes import manakala tiga lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 1,463 orang meninggal dunia setakat ini. Menurut MoH, sebanyak 9,364 kes iaitu 9,008 jangkitan tempatan dan 356 import adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak…

Read More

RUU Antigangguan Seksual lulus

KUALA LUMPUR 20 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual diluluskan dengan pindaan di Dewan Rakyat, hari ini selepas digubal sejak 2011. RUU itu diluluskan selepas lebih 20 pembahas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sejak semalam. Melalui RUU ini, ia mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia, satu bentuk diskriminasi dan keganasan berasaskan jantina. Ia turut mengadakan peruntukan bagi hak tebus rugi bagi mana-mana individu yang diganggu secara seksual melalui penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual. Ketika sesi penggulungan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, berkata RUU ini tidak…

Read More

Orkid Dendrobium Ibrahim Zarith

SINGAPURA 20 Julai –  Satu spesies orkid hibrid ‘Dendrobium Ibrahim Zarith’ dinamakan dengan nama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah. Orkid itu telah dipersembahkan oleh Taman Botani Singapura kepada baginda berdua hari ini, sempena lawatan rasmi tiga hari ke republik itu. Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Orkid Dendrobium Ibrahim Zarith merupakan spesies yang teguh dan berwarna oren, kuning serta dihiasi secara semula jadi dengan garisan putih. Bunga berkenaan akan dipamerkan di Laman Orkid VIP di Taman Botani Singapura. Orkid merupakan bunga…

Read More

Denda pasang ‘Ramadan Special’ tanpa sijil

IPOH 20 Julai – Akibat mempamerkan bunting ungkapan ‘Ramadan Special’ tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah, sebuah restoran dijatuhi hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Kes ini adalah susulan daripada Op Halal yang dijalankan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Ramadan lalu. Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, dari hasil siasatan lanjut, JAIPk mengesahkan premis berkenaan bukan pemegang sijil halal. Sehubungan itu, katanya, tindakan telah diambil kerana didapati telah…

Read More

Thailand catat 19 kematian

BANGKOK 20 Julai – Kementerian Kesihatan Awam hari ini melaporkan 19 lagi meninggal dunia dan 2,886 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand 4,565,854 dengan 31,050 kematian. Angka baharu itu yang termasuk dua kes import menunjukkan peningkatan berbanding laporan semalam iaitu 18 kematian dan 2,125 kes. Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 23,179 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,271 di hospital, 839 di kemudahan hospital dan 11,042 di rumah dan pengasingan komuniti. Dalam tempoh 24 jam juga sebanyak 2,029 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

Mantan PM Presiden Sri Lanka

COLOMBO: Walaupun didesak meletak jawatan, Ranil Wickremesinghe yang juga mantan Perdana Menteri dan  kemudiannya memangku jawatan Presiden Sri Lanka akhirnya dipilih sebagai presiden untuk tempoh sehingga 2024. Menurut kiraan undi Parlimen pada hari ini,  Wickremesinghe meraih 134 undi dalam undian tiga penjuru untuk menggantikan Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dari negara dibelenggu krisis itu dan meletakkan jawatan minggu lalu. Pencabar utama Wickremesinghe, Dullas Alahapperuma, meraih 82 undi manakala ahli politik berhaluan kiri, Anura Dissanayake, hanya menerima tiga undi – sekali gus memberikan Wickremesinghe majoriti mutlak sebagai pilihan pertama. Wickremesinghe berharap…

Read More

KKM agih ubat ke klinik swasta

PUTRAJAYA 20 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mula mengagihkan simpanan ubat tertentu dari klinik kerajaan kepada klinik swasta yang melaporkan kekurangan ubatan tertentu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata buat permulaan pihaknya mengagihkan ubat jenis paracetamol kepada klinik swasta berkenaan sebagai langkah  mengatasi masalah kekurangan bekalan ubat di fasiliti berkenaan. “Jika anda diminta membeli PCM (paracetamol) di klinik swasta (tetapi) berlogo KKM, ia adalah wajar kerana ia daripada stok simpanan kerajaan,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini. Sebelum ini, Khairy mengumumkan KKM akan melepaskan stok penimbal ubat-ubatan kepada klinik…

Read More