Pilihan raya umum dah dekat – PM

SHAH ALAM 31 Julai – “Pilihan raya dah dekat… pilihan raya dah tak lama,”.,Itu ingatan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob semasa berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini. Justeru, katanya, BN perlu dalam keadaan bersedia dan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keupayaan BN berbanding Pakatan Harapan. Beliau mengingatkan semua ahli BN termasuk pemimpin supaya tidak menyerang satu sama lain sehingga merugikan parti. Perdana Menteri berkata, serangan sepatutnya disasarkan kepada pembangkang yang menjadi lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. “Soal…

Read More

Perit tiga penggal jadi pembangkang

SHAH ALAM 31 Julai – Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menawan semula kerajaan negeri itu selepas merasai keperitan menjadi pembangkang selama tiga penggal, kata Pengerusi BN Selangor Noh Omar. Beliau berkata keadaan bertambah sukar apabila gabungan politik itu gagal membentuk dan menjadi Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tiada peruntukan untuk membantu rakyat disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang. “Sebelum ini, walaupun kita pembangkang dalam kerajaan negeri, di Pusat kita berkuasa. ADUN kita tidak dapat peruntukan (di negeri), Pusat bagi peruntukan kepada ADUN kita. Jadi…

Read More

Zahid tolak dakwaan PN

KUALA LUMPUR 31 Julai – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan dakwaan bahawa parti itu penyebab penubuhan Muafakat Nasional (MN) tertangguh, sebagai hipotesis dan fatamorgana semata-mata. Sebaliknya, beliau menegaskan, UMNO pernah menghulurkan tangan untuk kerjasama tetapi ‘digigit’ balik menyebabkan perkara itu tidak menjadi kenyataan. “Itu (dakwaan) hanya satu hipotesis dan fatamorgana kerana kita pernah menawarkan ‘olive branch’ (menghulurkan perdamaian) kepada kedua-duanya. Namun, tangan kami bukan hanya ‘dikokak’ dan ‘digigit’, malah mereka melakukan sesuatu hingga hampir ‘patah tangan’… tetapi kami membina kekuatan sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen…

Read More

Sambutan Hari Pahlawan 2022

PUTRAJAYA 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 di Dataran Pahlawan Negara, di sini. Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat. Lagu Negaraku dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan…

Read More

Biden positif lagi

PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden sekali lagi diuji positif Covid-19 pada Sabtu selepas tiga hari pengasingan dan diberikan rawatan dengan ubat anti-viral. Melalui ciapan di Twitter, Biden menyatakan beliau tidak mengalami gejala namun masih mengasingkan diri demi keselamatan orang di sekelilingnya. Rumah Putih (White House) turut mengeluarkan kenyataan oleh Dr. Kevin O’Connor, yang memantau kesihatan Presiden itu. Selaras dengan garis panduan pusat kawalan dan pencegahan penyakit, Biden akan memulakan pengasingan selama sekurang-kurangnya lima hari. Beliau akan mengasingkan diri di White House sehingga diuji negatif. Pakar di White House berkata, kebanyakan…

Read More

PN yakin menang besar – Muhyiddin

MARANG 31 Julai – Perikatan Nasional (PN) yakin gabungan Pas, Bersatu dan Gerakan mampu memberi kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya itu, PN juga sudah membuat keputusan untuk menyelesaikan pembahagian kerusi pada mesyuarat lalu. “Pada mesyuarat PN yang baru lalu, kita sudah buat keputusan tak nak lengah-lengah, mahu selesaikan segera pembahagian kerusi di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Perikatan Nasional Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, di sini, malam…

Read More

4,271 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 31 Julai – Jangkitan kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 4,271 kes semalam berbanding 4,860 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,677,270. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) di Melaka manakala Perak, Sabah dan Terengganu masing-masing satu kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,960 manakala kes aktif itu pula sebanyak 1,286 menjadikan jumlah keseluruhan 47,014. Sebanyak 96.8 peratus daripada kes aktif atau 45,487 sedang menjalani kuarantin di rumah,  62…

Read More

Kematian cacar monyet dijangka meningkat

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah menjangkakan lebih banyak kes kematian akibat cacar monyet ekoran laporan kematian pertama di luar Afrika, kata Pegawai kecemasan kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood. Beliau menjangkakan situasi itu susulan penularan cacar monyet berterusan di Eropah. Menurut beliau, matlamatnya perlu mengganggu penularan pantas di Eropah dan menghentikan wabak itu selain menjelaskan, kebanyakan kes penyakit itu sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan. Kementerian Kesihatan Sepanyol merekodkan kes kematian kedua cacar monyet pada Sabtu, sehari selepas Sepanyol dan Brazil melaporkan kematian pertamanya. Pengumuman itu menandakan kematian pertama dikaitkan dengan…

Read More