Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR

PETALING JAYA 20 Julai – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Naib Presiden PKR bagi mengisi salah satu tiga jawatan lantikan yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Beliau yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini dilantik bersama dua lagi iaitu Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, K Saraswathy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga mengumumkan pelantikan semula Saifuddin Nasution Ismail sebgai Setiausaha Agung, Bendahari Agung  William Leong dan Ahli

Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan.

“Ketua Setiausaha Pengelola, iaitu jawatan yang diperuntukkan dalam perlembagaan yang mesti dilantik dalam kalangan ahli MPP, iaitu Zahir Hassan dari Wilayah Persekutuan,” katanya pada mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025, malam ini.

Katanya, mesyuarat MPP juga melantik lima ahli MPP yang juga dilantik kali ini dan dipersetujui iaitu Manivannan Gowindasamy, tokoh lama bergerak dalam parti, Christina Liew dari Sabah (Ahli Parlimen Tawau), Rodziah Ismail (Exco Selangor lama berkecimpung dalam kegiatan wanita.

“Turut dilantik Abun Sui Anyit dari Sarawak dan seorang tokoh muda dari Johor yang bergerak aktif dalam AMK, walaupun dia sekarang Ketua Cabang Tebrau, R Yusneswaran,” katanya.

Beliau juga melantik Timbalan Presiden Rafizi Ramli mengetuai pasukan perang pilihan raya.

Rafizi akan dibantu beberapa Naib Presiden dan pengarah pilihan raya yang lalu, Fuziah Salleh.

“Rafizi akan diberi wewenang (kuasa untuk berbuat sesuatu) untuk bergerak secepat mungkin untuk memperkuatkan jentera pilihan raya parti.

Mesyuarat pertama MPP ini membincangkan soal dan dasar hala tuju parti dan sebagainya.

Related posts

Leave a Comment