Kes pertama varian Omicron BA.2.75

BANGKOK 20 Julai – Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi di wilayah Trang, Thailand melaporkan kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75.

Menurut kenyataan pusat itu, sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun dan analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75.

Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai Centaurus pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand.

Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan oleh vaksin.

Related posts

Leave a Comment