Orkid Dendrobium Ibrahim Zarith

SINGAPURA 20 Julai –  Satu spesies orkid hibrid ‘Dendrobium Ibrahim Zarith’ dinamakan dengan nama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah.

Orkid itu telah dipersembahkan oleh Taman Botani Singapura kepada baginda berdua hari ini, sempena lawatan rasmi tiga hari ke republik itu.

Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Orkid Dendrobium Ibrahim Zarith merupakan spesies yang teguh dan berwarna oren, kuning serta dihiasi secara semula jadi dengan garisan putih.

Bunga berkenaan akan dipamerkan di Laman Orkid VIP di Taman Botani Singapura.

Orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah berangkat ke Singapura, pagi ini untuk lawatan rasmi ke republik itu di atas jemputan rasmi Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Turut mengiringi baginda berdua ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda.

Related posts

Leave a Comment