Jumlah kes Indonesia 78,572

INDONESIA terus mendahului kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan negara anggota ASEAN apabila setakat ini merekodkan 78,572 kes berikutan penambahan 1,591 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 14Julai, sebanyak 54 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,710 orang.

Sebanyak 23,001 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Jawa Timur merekodkan kes tertinggi sebanyak 17,230 kes, diikuti Jakarta (15,064 kes) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,247 kes, diikuti Jakarta (701 kes), Jawa Tengah (240), Sulawesi Selatan (239) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain.

SINGAPURA mengesahkan 347 kes jangkitan Covid-19 dengan tujuh kes dalam komuniti, satu melibatkan warga negara Singapura dan enam pemegang pas kerja.

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan, jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 46,630 kes.Terdapat dua kes import melibatkan mereka yang dikenakan Notis Duduk Rumah, sebaik tiba di Singapura.

Majoriti besar kes hari ini masih melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja.

Sehingga hari ini, MOH telah menguji dan mengesahkan lebih daripada 215,000 pekerja atau dua pertiga yang tinggal di asrama, bebas daripada penyakit tersebut.

Sehingga semalam, 42,541 atau 92 peratus daripada mereka yang dijangkiti pulih sepenuhnya manakala 166 kes yang disahkan masih dihospital, dengan satu daripadanya berada di unit rawatan rapi. Jumlah kematian kekal 26.

THAILAND merekodkan tujuh kes baharu Covid-19 pada Selasa, 14 Julai yang kesemuanya kes import melibatkan warganegara itu yang baru pulang dari luar negara.

Enam daripada mereka yang baru tiba dari Mesir adalah pelajar lelaki berusia antara 20 hingga 32 tahun. Mereka tiba pada 8 Julai dan dikuarantin di Chon Buri sebelum dikesan positif pada 11 Julai.

Satu lagi kes melibatkan seorang wanita berusia 66 tahun yang tiba dari Amerika Syarikat pada 9 Julai dan dikuarantin di Bangkok. Dia diuji positif pada 12 Julai

Jumlah kes kini 3,227 dan satu lagi kes sembuh menjadikan jumlah kes pulih 3,091. Sebanyak 78;pesakit masih dirawat di hospital sementara jumlah kematian kekal 58.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang 14 Julai merekodkan 634 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes 57,545.

Jumlah kematian pula 1,603 apabila enam lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia

DOH juga mengumumkan 88 kes telah pulih yang membawa jumlah pemulihan meningkat kepada 20,459.. Kes aktif pula 35,483.

Related posts

Leave a Comment