10,293 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,293‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,626,360.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,896 adalah jangkitan tempatan dan 397 ‬kes import manakala tiga lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 1,463 orang meninggal dunia setakat ini.

Menurut MoH, sebanyak 9,364 kes iaitu 9,008 jangkitan tempatan dan 356 import adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 929 lagi adalah kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 888 jangkitan tempatan, dan 41 kes import.

Sementara itu, sebanyak 818 pesakit masih dirawat di hospital,ndi mana 70 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 17 dipantau rapi di ICU manakala 7,440 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi pula, setakat 19 Julai sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment