Thailand catat 19 kematian

BANGKOK 20 Julai – Kementerian Kesihatan Awam hari ini melaporkan 19 lagi meninggal dunia dan 2,886 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand 4,565,854 dengan 31,050 kematian.

Angka baharu itu yang termasuk dua kes import menunjukkan peningkatan berbanding laporan semalam iaitu 18 kematian dan 2,125 kes.

Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 23,179 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,271 di hospital, 839 di kemudahan hospital dan 11,042 di rumah dan pengasingan komuniti.

Dalam tempoh 24 jam juga sebanyak 2,029 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,511,625 orang. 

Related posts

Leave a Comment