CANBERRA: Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan Covid-19 di wilayah itu, demikian kata Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith. Memetik kenyataan Canberra Times, peningkatan kes dijangka berpotensi mencetuskan gelombang Covid-19 pada musim sejuk bermula Julai ini dan berlanjutan hingga Ogos. “Kami menyedari perkara itu dan kami terus memantau bilangan kes untuk melihat sama ada trajektori itu akan kekal,” katanya selepas ACT merekodkan kadar kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19. Seramai 121 orang yang dijangkiti virus Covid-19 kini menerima rawatan di hospital ACT, merupakan angka…
Read MoreMonth: June 2022
Johor catat peningkatan kes ILI, URTI
JOHOR BAHRU 28 Jun – Johor mencatatkan trend peningkatan kes dan wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata, sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus berbanding 557 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Beliau berkata bilangan kluster wabak berkenaan yang dilaporkan hingga ME 25/2022 juga menunjukkan peningkatan, iaitu 11 kluster berbanding tujuh kluster bagi tempoh sama tahun lepas. Kebanyakan kluster yang dilaporkan…
Read MoreMaro : Harga…
tindakan❌ nasihat ✅
Read More1,761 kes baharu di Thailand
BANGKOK 28 Jun – Thailand hari ini merekodkan 1,761 kes baharu Covid-19 dengan 13 lagi kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 1,735 kes dan 15 meninggal dunia pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada 1,761 kes baharu itu, sebanyak 1,757 adalah jangkitan tempatan manakala empat kes lagi melibatkan ketibaan dari luar negara. Jumlah kes baharu itu juga tidak termasuk 2,151 keputusan positif hasil ujian antigen yang di,akukan yang jika digabungkan boleh membawa kepada 3,912 kes. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,517,651 dengan jumlah kematian…
Read MoreSatu kes Kategori 5, tiga kes Kategori 4
BERAKAS 28 Jun – Brunei Darussalam merekodkan satu kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala tiga kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 744 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,411 kes pulih. Mengenai liputan vaksinasi sebanyak 72.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19, manakala 14.9 peratus mendapatkan dos keempat. Sebanyak 74.0 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dos…
Read MoreBerita pilihan…
Warisan, Bersatu kini Bebas
KOTA KINABALU 28 Jun – Selepas tujuh bulan menyertai Bersatu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan keluar daripada parti pimpinan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu. Susulan tindakan itu, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, dalam kenyataannya, mengumumkan beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas tetapi dengan pendirian menyokong Kerajaan Persekutuan dan Sabah pada masa ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Sabah, menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 atas tiket Warisan dan, bertindak keluar daripada parti itu pada 30 Oktober lalu. Pada 26…
Read MoreCovid-19 Malaysia 4,558,558 kes
PUTRAJAYA 28 Jun – Lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam berbanding hanya satu yang dilaporkan pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 35,754 orang meninggal dunia setakat ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada lapan kematian, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) iaitu di Pulau Pinang, sementara tiga kes di Johor dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor Sementara itu, sebanyak 1,894 kes harian dilaporkan semalam yang melibatkan 1,888 kes jangkitan tempatan dan enam kes import, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,558,558 kes. Manakala kes…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 28.06.2022
Kematian pertama bawah 12 tahun
SINGAPURA 27 Jun – Singapura hari ini melaporkan kematian pertama pesakit Covid-19 yang berumur bawah 12 tahun. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya berkata, bayi lelaki berusia satu setengah tahun itu meninggal dunia pada Isnin (27 Jun). “Punca kematiannya ialah Encephalitis akibat Covid-19, jangkitan Pernafasan Virus Syncytial dan Enterovirus,” kata MoH. Menurut MoH, pesakit itu tidak mempunyai sejarah perubatan lain dan sebelum ini sihat. Kanak-kanak itu dirawat di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) pada 21 Jun kerana demam panas dan sawan berulang. “Kanak-kanak itu dimasukkan ke Unit Jagaan…
Read More