1,761 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Jun – Thailand hari ini merekodkan 1,761 kes baharu Covid-19 dengan 13 lagi kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 1,735 kes dan 15 meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada 1,761 kes baharu itu, sebanyak 1,757 adalah jangkitan tempatan manakala empat kes lagi melibatkan ketibaan dari luar negara.

Jumlah kes baharu itu juga tidak termasuk 2,151 keputusan positif hasil ujian antigen yang di,akukan yang jika digabungkan boleh membawa kepada 3,912 kes.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,517,651 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 30,620 orang.

Setakat Isnin, sebanyak 22,458 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,499 di hospital, 1,150 di hospital lapangan dan kemudahan hospital dan 10,776 di rumah dan pusat pengasingan komuniti.

Di hospital, kes termasuk 638 yang dalam keadaan kritikal dan 290 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,185 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,464,573 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment