Lebih 300,000 kanak-kanak belum vaksin

BANGI 29 Jun –  Lebih 300,000 kanak-kanak di negara ini belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata walaupun jumlah itu tinggi, terdapat perubahan pandangan dalam kalangan ibu bapa yang kini mahukan anak mereka disuntik vaksin. Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) menunggu maklum balas orang ramai untuk melihat sama ada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) akan dibuka semula. PICKids untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula Februari lalu dan ia ditutup pada 31 Mei tetapi dibuka semula selama lima hari iaitu…

Read More

Raja Perlis pengerusi mesyuarat

KUALA LUMPUR 29 Jun – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara di sini. Mesyuarat itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Sebelum mempengerusikan mesyuarat itu yang bemula 11 pagi, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama. Tuanku Syed Sirajuddin kemudian berkenan menanam pokok Keriang di pekarangan Istana Negara sebagai…

Read More

5,300 dos vaksin cacar monyet

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol. Jurucakap Suruhanjaya itu berkata, setakat ini kumpulan pertama vaksin telah tiba di negara-negara paling teruk terjejas akibat wabak cacar monyet. Pada pertengahan Jun, suruhanjaya itu juga telah menempah 109,090 dos Imvanex, vaksin cacar yang dihasilkan pengeluar Denmark Bavarian Nordic, dan akan dihantar ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Norway serta Iceland menjelang akhir bulan ini. Vaksin itu diperuntukkan secara pro-rata, dengan negara merekodkan bilangan tertinggi kes akan diutamakan.…

Read More

Tiada bantahan gabung Digi, Celcom

KUALA LUMPUR 29 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd, melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom selaku pemohon. Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan, penggabungan tersebut akan menjadikannya sebagai pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Malaysia. Menurut MCMC, Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, MCMC telah menjalankan penilaian…

Read More

Dos penggalak tangani Omicron

WASHINGTON: Panel pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya vaksin dos penggalak disediakan khusus buat Omicron menjelang musim luruh berikutan jangkaan vaksin Covid-19 diperlukan secara berterusan, sebagaimana dengan demam selesema.  Seramai 19 anggota jawatankuasa tersebut, yang dihimpunkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), mengundi langkah itu manakala dua anggota membantahnya setelah sehari menyemak data yang tersedia. Ahli sains kanan FDA, Peter Marks, merumuskan kerumitan masalah tersebut sebelum mesyuarat pakar itu, yang membuat unjuran mengenai hala tuju virus yang seringkali menentang ramalan dan berubah lebih pantas berbanding demam selesema biasa.  “Apa…

Read More

Kes harian Covid-19 lepasi 2,000

PUTRAJAYA 29 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 melepasi angka 2,000 apabila merekodkan 2,025 kes semalam berbanding 1,894 yang dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,560,583. Empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,758 kematian. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 20 adalah kes import dengan 27,747 kes aktif di mana 26,541 sedang menjalani kuarantin di rumah. Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes harian tertinggi dengan 745 kes berbanding 450 kelmarin. Ini diikuti Selangor sebanyak 442…

Read More

Lonjakan kes Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 28 Jun – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Singapura melonjak  apabila (MoH) merekodkan 11,504 kes baharu setakat 12 tengah hari Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,425,171. Jumlah kes baharu itu meningkat lebih sekali ganda kes jangkitan yang dilaporkan semalam, Isnin iaitu sebanyak 5,309. Dalam satu kenyataan malam ini, MoH menyatakan sebanyak 93 peratus kes yang dicatatkan terdiri daripada jangkitan tempatan iaitu 10,732‬‬ manakala 772 lagi adalah kes import. Satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,410 orang tekah meninggal dunia. Sebanyak 10,737 adalah kes Protokol 2,…

Read More

Jokowi bertemu pemimpin dunia

SEMPENA Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Jerman semalam, Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia. Ini termasuk dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. “Tahun ini kami memperingati 70 tahun hubungan diplomatik Indonesia-Kanada. Indonesia dan Kanada perlu terus menggalakkan semangat kerjasama dan semangat multilaterisme dalam menghadapi cabaran global,” kata Jokowi. Melalui catatan Facebooknya, Jokowi juga mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri British Boris Johnson. “Peta jalan untuk kerjasama bilateral ada, yang memudahkan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. Kami juga bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang…

Read More