Jokowi bertemu Putin

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo menemui Presiden Rusia Vladimir Putin di Istana Kremlin di Moscow, Rusia, hari ini, Khamis, 30 Jun 2022. Dalam pertemuan itu, kedua pemimpin membincangkan beberapa isu dan menurut Jokowi, antara yang diberi penekanannya termasuk soal kemanusiaan. Katanya, kemanusiaan sentiasa menjadi keutamaan Indonesia yang sentiasa berusaha menyumbang kepada keamanan dunia. “Dalam konteks inilah saya melakukan kunjungan ke Kyiv dan ke Moscow,” katanya.. Di samping itu turut diberi perhatian adalah mengenai penyelesaian damai atas konflik yang berakhir dengan perang antara Ukraine dan Rusia.  Selain jalan damai, menurut Jokowi, ruang…

Read More

Kes harian Singapura 9,505

SINGAPURA 30 Jun – Dua hari berturut-turut Singapura merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 9,000 kes apabila 9,505 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 9,392 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes harian setakat pukul 12 tengah hari itu melibatkan 8,929‬ jangkitan tempatan dan 576 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,444,068. Dua lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,413 orang telah meninggal dunia sejak pandemik bermula. Sebanyak 8,742 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor…

Read More

Pendedahan Tajuddin melegakan – Anwar

PORT DICKSON 30 Jun – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menyifatkan pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, berhubung akuan bersumpah (SD) menyokong beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini sebagai melegakan. Tegas Anwar, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak itu menjawab pelbagai ejekan dan momokan terhadapnya ketika menyatakan mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri. Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu melihat apa yang diperkatakan oleh Tajuddin sebagai amat menyenangkan. “Dulu saya hanya menyebut mempunyai jumlah mencukupi dan meyakinkan, tetapi ramai yang memperolok. Saya…

Read More

Bincang pelantikan jawatan

KUALA LUMPUR 30 Jun – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 yang bersidang dua hari sejak semalam di Istana Negara, antara lain membincangkan pelantikan beberapa jawatan termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Pengerusi dan Ahli Dilantik Jawatankuasa bawah MKI. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, berkata turut dibincangkan adalah pelantikan Hakim Mahkamah Khas dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selain beberapa kertas makluman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Selain itu, perkara mengenai calon penerima Biasiswa Yang di-Pertuan…

Read More

Agong hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 30 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara. Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Selain itu, turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad…

Read More

Kes sembuh Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 30 Jun – Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 160,083 orang berikutan 827 lagi pesakit pulih. Menurut carta Status Harian Normal Baharu Covid-19, tiada kes baharu bagi kategori 5 iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun terdapat lima kes dalam kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai program vaksinasi, sebanyak 73.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19, manakala 14.9 peratus mendapatkan dos keempat. Sebanyak 74.6 peratus kanak-kanak berumur 5…

Read More

Thailand catat 2,569 kes baharu

BANGKOK 30 Jun – Thailand merekodkan 2,695 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 2,569 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,522,915. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, 2,690 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan lima lagi kes import. Jumlah kes baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 4,034 ujian positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam. Setakat Rabu, sebanyak 23,931 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,587 di hospital, 1,216 di kemudahan hospital dan 12,099 di rumah atau pusat pengasingan komuniti. Di hospital sebanyak…

Read More

Marcos Jr angkat sumpah Presiden

MANILA 30 Jun – Ferdinand Marcos Jr, 64 mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baharu di Muzium Negara di sini hari ini. Anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos itu memenangi pilihan raya bulan lalu dengan memperoleh kemenangan terbesar sejak bapanya digulingkan dalam pemberontakan popular pada 1986. Beliau menggantikan Rodrigo Duterte, yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu. Majlis angkat sumpah itu diadakan beberapa hari selepas Mahkamah Agung menolak percubaan terakhir untuk membuat Marcos Jr hilang kelayakan daripada pilihan raya dan…

Read More

Tipu jual kad data maklumat

KUALA LUMPUR 30 Jun – Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd Arshad Abdul Mualap dituduh di Mahkamah Shah Alam pagi ini selepas terbabit dalam aktiviti penipuan penjualan kad program pengumpulan data maklumat dokumentasi orang tiada kewarganegaraan. Mohd Arshad, 46, dan seorang lagi individu Mohamad Amkah Ahmad, 48, ditahan di Subang Jaya, pada 22 Jun lalu. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, berkata kedua-dua mereka dipercayai menipu orang tiada warganegara dengan menawarkan kad data dilengkapi pengimbas kod QR sejak awal tahun ini. Setakat ini kad data berkenaan dijual antara harga RM500 hingga…

Read More