Kematian pertama bawah 12 tahun

SINGAPURA 27 Jun – Singapura hari ini melaporkan kematian pertama pesakit Covid-19 yang berumur bawah 12 tahun.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya berkata, bayi lelaki berusia satu setengah tahun itu meninggal dunia pada Isnin (27 Jun).

“Punca kematiannya ialah Encephalitis akibat Covid-19, jangkitan Pernafasan Virus Syncytial dan Enterovirus,” kata MoH.

Menurut MoH, pesakit itu tidak mempunyai sejarah perubatan lain dan sebelum ini sihat.

Kanak-kanak itu dirawat di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) pada 21 Jun kerana demam panas dan sawan berulang.

“Kanak-kanak itu dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk. Ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) untuk pesakit itu positif Covid-19 serta dua virus lain – Rhinovirus/Enterovirus dan Virus Pernafasan Syncytial,” kata MoH..

Kementerian Kesihatan menyatakan Covid-19 boleh menyebabkan penyakit yang teruk, walaupun pada kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai penyakit sedia ada.

Vaksinasi mengurangkan dengan ketara kemungkinan penyakit yang teruk apabila seseorang dijangkiti.

Semua kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun disyorkan divaksin dengan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

Related posts

Leave a Comment