Negeri SG4 boleh jadi medan ujian kerjasama

KUALA LUMPUR 12 Sept.  – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mencadangkan salah satu negeri dalam gabungan SG4, mengadakan pilihan raya sebagai medan menguji sejauh mana keikhlasan rakan politik untuk menjalin kerjasama.

Katanya, Terengganu boleh mengambil cadangan itu untuk membuktikan sama ada kerjasama atas nama penyatuan ummah Melayu benar-benar ikhlas atau sekadar menguntungkan satu pihak.

“Saya nak cadangkanlah Datuk Seri Presiden supaya lepas Melaka esok, kita cuba pula sejauh mana keikhlasan kawan kita. Kita minta salah satu daripada negeri SG4 berkenaan buat pilihan raya.

“Kau buat pilihan raya, aku nak tengok apa formula kau orang. Buat di Terengganu,” katanya ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, keputusan pilihan raya itu juga boleh dijadikan asas untuk melihat formula pembahagian kerusi secara adil antara parti yang bekerjasama.

Dalam pilihan raya kita buat, kita menang empat, satu aku. Kau menang lima, satu kau. Jadi bererti kita ada satu formula. Jadi yang empat itu, dua untuk kau, dua untuk aku. Senang. Tak ada masalah,” katanya.

Menurutnya, ujian itu penting bagi melihat sejauh mana kesediaan rakan politik untuk berkongsi ruang dan kekuatan, bukannya UMNO sahaja yang perlu berusaha mendapatkan persefahaman.

“Jangan kita sahaja terhegeh-hegeh. Jangan kita sahaja hidup melukut di tepi gantang’,” katanya.

Related posts

Leave a Comment