Kes keseluruhan naik sedikit

BANGKOK 9 April – Sebanyak 98 kematian dan 25,298 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 89 kematian dan 25,140 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,833,048 manakala jumlah kematian pula sebanyak 25,877 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), terdapat 25,170 kes dalam kalangan penduduk awam, 50 melibatkan penghuni penjara dan 78 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,220, diikuti Chon Buri 1,149, Samut Sakhon 823, Samut Prakan 817, Nonthaburi 805, Khon Kaen 709, Nakhon Pathom 682, Nakhon…

Read More

Jakim tidak boleh keluar kenyataan

SHAH ALAM 9 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan sudah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), termasuk mengenai isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al- Haqqani. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang, hari ini bertitah, perkara itu adalah bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja. Jakim hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI. “Sehubungan itu, Menteri di Jabatan…

Read More

3,823 kanak-kanak Brunei divaksin

BERAKAS 9 April – Sebanyak 3,823 atau 8.9 peratus daripada populasi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar Katanya, sebanyak 156 lagi kanak-kanak mendapatkan dos vaksin itu semalam manakala penduduk negara yang menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 62.1 peratus. Sebanyak 314 kes baharu direkodkan hari ini, iaitu 298 kes hasil Ujian ART dan 16 kes adalah hasil daripada 483 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini…

Read More

Lagi 18,557 kanak-kanak ambil dos kedua

PUTRAJAYA 9 April – Sebanyak 18,557 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 77,834 orang daripada populasi berusia lima hingga 11 tahun itu melengkapkan vaksinasi mereka. Semalam juga, 5,517 kanak-kanak mendapatkan dos pertama menjadikan 1,358,791 atau 38.3 peratus daripada populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Menurut laman web COVIDNOW, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,857,568 individu atau 91.8 peratus melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,958,121 atau 95 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, seramai 15,908,442 individu dewasa atau 67.6 peratus telah menerima suntikan dos penggalak apabila…

Read More

Had 1 juta jemaah haji bawah 65 tahun

RIYADH 9 April – Hanya jemaah berusia 65 tahun ke bawah sahaja dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Berbanding musim haji lalu, Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini membenarkan sejuta jemaah dari dalam dan luar negara untuk melakukan ibadah itu. Menurut laporan Haramain, jemaah yang terpilih juga mestilah yang sudah mendapatkan vaksinasi sepenuhnya. Mereka yang tiba dari luar Arab Saudi perlu mengemukakan hasil ujian negatif PCR Covid-19 yang diambil 72 jam sebelum berlepas ke Arab Saudi. Jemaah juga diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai langkah penjagaan kesihatan. Berikutan pandemik…

Read More

14,944 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 April – Sebanyak 14,944 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, meningkat berbanding 11,994 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia, kini mencecah 4,307,529 kes. Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 9,674 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 970 dan Perak 637. Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 14,045 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh sehingga semalam adalah 4,113,831 kes. Sebanyak 31 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan, termasuk enam kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 35,259…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 9 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk selurun negara semalam, 8 April adalah 0.84, berbanding 0.83 kelmarin. Tiada negeri melepasi kadar 1.00 kecuali Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.96 sama seperti kelmarin. Negeri Sembilan merekodkan kadar 0.83, diikuti Perak dan Terengganu masing-masing 0.79, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing 0.78, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor 0.77. Pahang mencatatkan 0.75, Sarawak 0.74, Wilayah Persekutuan Labuan 0.72, Pulau Pinang 0.71., Sabah dan Perlis masing-masing 0.70 diikuti Kedah 0.68 dan Kelantan 0.65 Nilai…

Read More

Thailand cadang batal ujian RT-PCR

BANGKOK 9 April – Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa mulai bulan depan dalam usaha untuk memulihkan industri pelancongan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata melalui cadangan itu, pengembara yang menerima vaksin Covid-19 tidak lagi perlu menjalani saringan itu dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa. Bagaimanapun, pelancong perlu melakukan ujian antigen kendiri di lapangan terbang. Beliau berkata CCSA “pada dasarnya bersetuju” dengan langkah itu dan akan  menyemak cadangan kelonggaran selepas cuti Songkran minggu depan. Taweesin berkata CCSA turut bersetuju…

Read More

Ujian saringan berterusan

SHANGHAI yang sedang melaksanakan perintah berkurung membabitkan 26 juta penduduknya terus melakukan ujian saringan Covid-19 untuk hari ketiga berturut-turut, ketika jumlah jangkitan mencecah 21,000 orang. Ujian saringan itu memasuki hari ketiga ketika tidak ada tanda-tanda bahawa perintah berkurung akan dilonggarkan. Beberapa bandar lain di China turut memperketatkan langkah sekatan pergerakan, termasuk di kawasan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu. Kerajaan turut campur tangan di Shanghai selepas pihak berkuasa bandar raya itu gagal mengekang penularan Covid-19. China menegaskan negara itu akan terus menggunakan dasar sifar toleransi bagi mengelak daripada kelumpuhan sistem…

Read More