Had 1 juta jemaah haji bawah 65 tahun

RIYADH 9 April – Hanya jemaah berusia 65 tahun ke bawah sahaja dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Berbanding musim haji lalu, Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini membenarkan sejuta jemaah dari dalam dan luar negara untuk melakukan ibadah itu.

Menurut laporan Haramain, jemaah yang terpilih juga mestilah yang sudah mendapatkan vaksinasi sepenuhnya.

Mereka yang tiba dari luar Arab Saudi perlu mengemukakan hasil ujian negatif PCR Covid-19 yang diambil 72 jam sebelum berlepas ke Arab Saudi.

Jemaah juga diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai langkah penjagaan kesihatan.

Berikutan pandemik Covid-19 ibadah haji pada tahun 2020 dihadkan kepada mereka yang tinggal di Arab Saudi dan pada 2021 terbuka kepada kira-kira 60,000 jemaah berbanding kebiasaannya melebihi dua juta orang.

[Foto hiasan solat Jumaat semalam)

Related posts

Leave a Comment