Lagi 18,557 kanak-kanak ambil dos kedua

PUTRAJAYA 9 April – Sebanyak 18,557 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 77,834 orang daripada populasi berusia lima hingga 11 tahun itu melengkapkan vaksinasi mereka.

Semalam juga, 5,517 kanak-kanak mendapatkan dos pertama menjadikan 1,358,791 atau 38.3 peratus daripada populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut laman web COVIDNOW, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,857,568 individu atau 91.8 peratus melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,958,121 atau 95 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,908,442 individu dewasa atau 67.6 peratus telah menerima suntikan dos penggalak apabila 8,289 orang lagi tampil mendapatkan dos berkenaan.

Di samping itu, sebanyak 22,956,433 atau 97.6 peratus pula selesai menerima dua dos manakala 23,233,304 atau 98.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 34,904 dos vaksin diberikan semalam merangkumi 20,260 dos kedua, 8,289 dos penggalak dan 6,355 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah PICK kepada 69,138,021.

Related posts

Leave a Comment