14,944 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 April – Sebanyak 14,944 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, meningkat berbanding 11,994 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia, kini mencecah 4,307,529 kes.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 9,674 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 970 dan Perak 637.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 14,045 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh sehingga semalam adalah 4,113,831 kes.

Sebanyak 31 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan, termasuk enam kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 35,259 kes.

Sehingga semalam juga, sebanyak 158,439 kes aktif dicatatkan, dengan 154,880 kes (97.8 peratus), menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 3,012 kes (1.9 peratus) dimasukkan ke hospital, 97 kes (0.1 peratus) dirawat di unit rawatan rapi (ICU), 109 kes (0.1 peratus) memerlukan bantuan pernafasan dan 341 kes (0.2 peratus) menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Dari segi purata kes Covid-19 dalam tempoh tujuh hari, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 7,484 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur, dengan 893 kes, Negeri Sembilan (550 kes), Johor (547 kes) dan Pulau Pinang (505 kes).

Related posts

Leave a Comment