Kes keseluruhan naik sedikit

BANGKOK 9 April – Sebanyak 98 kematian dan 25,298 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 89 kematian dan 25,140 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,833,048 manakala jumlah kematian pula sebanyak 25,877 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), terdapat 25,170 kes dalam kalangan penduduk awam, 50 melibatkan penghuni penjara dan 78 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,220, diikuti Chon Buri 1,149, Samut Sakhon 823, Samut Prakan 817, Nonthaburi 805, Khon Kaen 709, Nakhon Pathom 682, Nakhon Si Thammarat 611, Chachoengsao 599 dan Suphan Buri 550.

Sebanyak 78 kes import dari 20 negara termasuk 18 dari Kemboja, 11 United Kingdom, lapan Australia, tujuh Singapura dan empat masing-masing dari  Norway, Arab Saudi dan Malaysia.

Setakat Jumaat lalu, sebanyak 251,451 mendapat rawatan Covid-19 termasuk 65,240 di hospital.

Mengenai vaksinasi, dengan 130.86 juta dos didaftarkan, 80.3 peratus daripada penduduk menerima satu dos dan 72.6 peratus menerima dua dos dan 35.2 peratus menerima arahan dari pihak berkuasa.

Related posts

Leave a Comment