Thailand cadang batal ujian RT-PCR

BANGKOK 9 April – Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa mulai bulan depan dalam usaha untuk memulihkan industri pelancongan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata melalui cadangan itu, pengembara yang menerima vaksin Covid-19 tidak lagi perlu menjalani saringan itu dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pelancong perlu melakukan ujian antigen kendiri di lapangan terbang.

Beliau berkata CCSA “pada dasarnya bersetuju” dengan langkah itu dan akan  menyemak cadangan kelonggaran selepas cuti Songkran minggu depan.

Taweesin berkata CCSA turut bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan perlindungan insurans kesihatan serta mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar untuk Pas Thailand.

Mulai Mei juga kerajaan akan melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi ketibaan pelancong yang menggunakan laluan darat dan udara.

Related posts

Leave a Comment