Kes harian Indonesia kini 329

JAKARTA 30 April – Sebanyak 598 kes sembuh Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini mengatasi jumlah kes harian sebanyak 329. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 5,882,660 manakala jumlah kumulatif kes meningkat kepada 6,046,796. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 17 orang dengan kumulatifnya mencapai 156,257. Lima wilayah yang mencatatkan penambahan kes baru tertinggi adalah Jakarta 151, Jawa Barat 46, Banten 27, Jawa Tengah 22 dan Jawa Timur 17. Sementara itu, bagi perkembangan program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama bertambah 50,370 menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 199 juta…

Read More

Singapura lapor 2,141 kes harian

SINGAPURA 30 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,141‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,197,908 Kes harian itu melibatkan 2,083‬ jangkitan tempatan dan 58‬ kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,335 orang.meninggal dunia akibat Covid-19. Menurut MoH, terdapat 1,860 kes baru Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Terdapat 1,814 jangkitan tempatan dan 46 kes import dalam Protokol 2 manakala…

Read More

12,888 kes harian Thailand

BANGKOK 30 April – Thailand merekodkan 126 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu pula 12,888 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 28,526 meninggal dunia dan 4,250,949 kes. Jumlah kes harian itu termasuk 104 kes import menunjukkan penurunan berbanding 129 kematian dan 14,053 kes yang dilaporkan semalam, Jumaat 29 April. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 12,399 kes positif hasil ujian antigen direkodkan yang jika digabung menjadikan jumlah kes harian itu meningkat kepada 25,287 kes. Setakat semalam, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan sebanyak 151,567 orang mendapatkan rawatan Covid-19…

Read More

Kes baharu Brunei Darussalam 102

BERAKAS 30 April – Brunei Darussalam menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 102 kes baharu berbanding 119 kes  semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 141,850. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 84 adalah hasil Ujian ART dan 18  kes adalah hasil daripada 639 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.65

PUTRAJAYA 30 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.65 dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.03. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84, Melaka 0.80, Pulau Pinang 0.78, Perak 0.76, Negeri Sembilan 0.75, Selangor 0.74, Sabah 0.73. Johor dan Sarawak pula masing-masing merekodkan 0.67 diikuti Kedah 0.65 dan Pahang 0.64, Sementara itu Terengganu merekodkan 16 kes, Kelantan 12 kes, Perlis sembilan kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak satu kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang…

Read More

16 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 831,523 atau 23.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 23,732 kanak-kanak tampil mendapatkan suntikan dos kedua semalam. Di samping itu, sebanyak 9,884 lagi kanak-kanak bagi kumpulan itu mendapatkan dos pertama semalam menjadikan 1,528,733 atau 43 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,991,223 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu…

Read More

2,579 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 30 April – Malaysia merekodkan 2,579 jangkitan baharu Covid-19 semalam,  Jumaat yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,935 yang direkodkan pada 28 April. Menurut data yang dikeluarkan di portal COVIDNOW, daripada 2,579 kes itu, enam adalah kes import manakala 2,573 kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,445,897 kes sejak wabak itu bermula. Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,180 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 376 dan Pulau Pinang 209 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kes terendah iaitu satu kes. Terdapat 6,055 kes pulih pada Jumaat, menjadikan jumlah kes aktif…

Read More