Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 9 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk selurun negara semalam, 8 April adalah 0.84, berbanding 0.83 kelmarin.

Tiada negeri melepasi kadar 1.00 kecuali Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.96 sama seperti kelmarin.

Negeri Sembilan merekodkan kadar 0.83, diikuti Perak dan Terengganu masing-masing 0.79, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing 0.78, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor 0.77.

Pahang mencatatkan 0.75, Sarawak 0.74, Wilayah Persekutuan Labuan 0.72, Pulau Pinang 0.71., Sabah dan Perlis masing-masing 0.70 diikuti Kedah 0.68 dan Kelantan 0.65

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment