Pas kecewa DAP kekal – Ibrahim

SEPANG 17 Ogos – Putra mendakwa Pas kecewa selepas DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, sekali gus menggagalkan harapan parti itu untuk melihat parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu keluar daripada kerajaan.

Merujuk kenyataan pemimpin Pas, Presiden Putra,  Dr Ibrahim Ali berkata, keputusan DAP itu memperlihatkan kekecewaan parti berkenaan sementara percaturan politik pembangkang terhadap parti itu tidak menjadi.

Beliau berpendapat kenyataan pemimpin Pas terkait keputusan DAP untuk kekal berada dalam kerajaan semalam sekadar menzahirkan kekecewaan mereka semata-mata, selain kelihatan seperti mendahului takdir.

Menurut Ibrahim, beliau terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan Pas selepas persidangan khas DAP di Putrajaya semalam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Ibrahim dipercayai merujuk kepada hantaran ringkas Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, di media sosial semalam.

Dalam hantaran itu Ahmad Fadhli menulis: “DAP tidak akan keluar kerajaan hari ini (semalam). Hanya wayang opera sahaja. Rakyat yang akan keluarkan mereka.”

Ibrahim dalam kenyataannya mendakwa Pas kecewa apabila harapan mereka untuk melihat DAP keluar kerajaan tidak kesampaian dan menganggap ia ada kaitan dengan keinginan untuk berkuasa.

“Pada masa yang sama (Pas) berusaha merujuk balik ‘janda lama’ iaitu UMNO yang sudah sebantal dengan DAP dalam kerajaan Madani,” katanya

Dalam pada itu, Ibrahim mengingatkan Pas tidak boleh terlalu yakin mampu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan kerjasama yang dijalin dengan BN ketika ini.

“Apakah pasti BN tidak bersama PKR semasa PRU ke-16 nanti?

Ibrahim juga mendakwa kerjasama semasa Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan adalah strategi semasa jangka pendek dan sementara apabila Anwar Ibrahim memberi ruang tali hayat untuk UMNO.

“Saya mahu percaya PRN Johor dan Negeri Sembilan adalah strategi Anwar dan Ahmad Zahid Hamidi. Tunggu dan tengok PRN ke-16 nanti,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, tidak sampai tiga bulan Pas menerajui PN pelbagai masalah timbul dalam gabungan tersebut.

Katanya , rakyat mula mempersoalkan Pas apabila melihat gelagat politik yang berlaku dalam PN, umpama ‘sembelih’ kawan setia untuk dapat ‘janda lama’.

Ibrahim mendakwa rakyat kecewa apabila Pas membawa PN bekerjasama dengan BN yang pernah mereka musuhi dengan ketat sebelum ini.

“Justeru jangan ingat hasrat PN utk menguasai Putrajaya pada PRN ke-16 nanti akan mendapat sokongan rakyat. Rakyat mula sedar hipokrasi politik pemimpin PAS yang amat memeningkan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment