Singapura catat 4,925 kes baharu

SINGAPURA 28 Mac –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,925‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang meliputi 4,813 ‬jangkitan tempatan dan 112 kes import manakala empat lagi kematian direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,076,930 orang dengan jumlah kematian pula 1,254 orang. Sebanyak 4,088 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 69 kes import dan 4,019 jangkitan tempatan manakala 837‬ kes lagi disahkan menerusi ujian…

Read More

Yang di-Pertuan Agong lawat DSA

KUALA LUMPUR 28 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, serta perwakilan luar negara. Al Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira dua jam, dengan melawat pusat pameran syarikat-syarikat pertahanan dari pelbagai negara, termasuk Deftech DRB-Hicom Defence Technologies Sdn…

Read More

791 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Mac – Sebanyak sembilan kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, kekal seperti semalam manakala jumlah kes di bawah Kategori 5 bertambah menjadi dua kes hari ini, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Katanya, jumlah kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5, pada ketika ini ialah 4.2 peratus daripada keupayaan rawatan kategori-kategori berkenaan, di Pusat Pengasingan Kebangsaan. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, satu kematian dilaporkan hari ini tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19. Katanya, sebanyak 791 kes baharu direkodkan…

Read More

Status tidak lengkap bukan hilang

PUTRAJAYA 28 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan mesej tular yang mendakwa status vaksinasi bagi individu tidak menerima dos penggalak akan dihilangkan mulai minggu depan. Menurut KKM, status vaksinasi penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin primer berusia 60 tahun dan ke atas yang belum mendapatkan dos penggalak, akan hanya bertukar menjadi tidak lengkap. “Mesej itu adalah palsu. Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej itu,” kata KKM dalam satu kenyataan, hari ini. Terdahulu, mesej disebarkan melalui media sosial, antara lain meminta…

Read More

Sultan Perak titah elak bazir makanan

IPOH 28 Mac – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta jabatan kerajaan menunjukkan contoh teladan dalam aspek menghargai dan tidak membazir makanan, untuk majlis dan acara serta semasa perjumpaan atau mesyuarat. Baginda bertitah, manusia perlu dididik dengan nilai menghargai makanan dan disemai dengan budaya tidak membazirkan makanan. “Kerajaan Beta hendaklah mengambil langkah-langkah bermakna menghentikan pembaziran ini. Jabatan-jabatan kerajaan wajib menunjukkan contoh teladan, bermula daripada menempah kuantiti makanan dalam majlis dan acara yang diadakan dan semasa berlangsungnya perjumpaan atau mesyuarat. “Setiap isi rumah, sekolah, maktab dan universiti, masjid dan rumah…

Read More

Bilal, khatib dikecuali pelitup muka

KUCHING 28 Mac – Bilal dan khatib di negeri ini dikecualikan daripada memakai pelitup muka ketika mereka menjalankan tugas melaungkan azan atau membaca khutbah di masjid dan surau. Majlis Islam Sarawak (MIS) yang menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu  turut mengecualikan penceramah yang menyampaikan kuliah atau forum di masjid dan surau dengan penjarakan fizikal yang wajar. Dalam kenyataannya, MIS bagaimanapun mengingatkan pemakaian pelitup muka untuk jemaah atau individu lain di kawasan masjid dan surau adalah diwajibkan. Pada 22 Mac lalu, MIS mengumumkan umat Islam di negeri ini dibenarkan menunaikan…

Read More

Rapat sejadah, tanpa sentuh jemaah

ISKANDAR PUTERI 28 Mac – Johor membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau dengan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah dalam fasa peralihan endemik bermula Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Khalid, berkata perkara itu antara yang diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Katanya, jemaah hendaklah membawa sejadah sendiri berukuran sekurang-kurangnya satu meter panjang dan 0.6 meter lebar serta lengkap dua dos suntikan vaksin. Program membudayakan al-Quran, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah Zuhur dan Jumaat, kelas takmir, kelas al-Quran, taklimat, kursus, forum,…

Read More

Sultan Selangor lawat ICL

SERDANG 28 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) di Hospital Serdang yang menjadi pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan, di sini. Baginda yang tiba pada pukul 10 pagi meluangkan masa hampir satu setengah jam di fasiliti berkenaan yang beroperasi sejak 2016. Turut mengiringi lawatan sulung baginda ke hospital itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. ICL juga aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan…

Read More

57 guru KAFA digantung tugas

SHAH ALAM 28 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan tegas dengan menggantung tugas 57 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang enggan mengambil vaksin Covid-19. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan dua bulan itu, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta. Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi. Beberapa media melaporkan, JAIS memberi…

Read More

Kes baharu turun, 37 kematian

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan, semalam, menunjukkan penurunan berbanding 20,923 kelmarin yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini. Pada masa sama, seramai 26,171 lagi pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,870,937 kes sudah pulih daripada jangkitan wabak itu hingga kini. Setakat tengah malam tadi, terdapat 233,179 kes aktif, termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (1,032). Sementara itu, 37 kematian baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, termasuk enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Data dalam…

Read More