Yang di-Pertuan Agong lawat DSA

KUALA LUMPUR 28 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, serta perwakilan luar negara.

Al Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira dua jam, dengan melawat pusat pameran syarikat-syarikat pertahanan dari pelbagai negara, termasuk Deftech DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd, Mildef International Technologies dan Turkish Aerospace.

Dalam lawatan itu, baginda turut berkenaan menamakan sebuah prototaip kenderaan berperisai ‘Rentaka’ yang diilhamkan dari nama sebuah meriam Melayu lama.

Kenderaan seberat lebih 8,000 kilogram yang dihasilkan sepenuhnya syarikat tempatan, Mildef itu mampu digunakan bagi menyuraikan rusuhan selain berperanan sebagai kenderaan orang kenamaan ketika kecemasan.

Related posts

Leave a Comment