791 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Mac – Sebanyak sembilan kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, kekal seperti semalam manakala jumlah kes di bawah Kategori 5 bertambah menjadi dua kes hari ini, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar.

Katanya, jumlah kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5, pada ketika ini ialah 4.2 peratus daripada keupayaan rawatan kategori-kategori berkenaan, di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, satu kematian dilaporkan hari ini tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19.

Katanya, sebanyak 791 kes baharu direkodkan berbanding 792 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 132,194.

“Daripada jumlah kes baharu ini, 656 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth, manakala 135 adalah dari hasil 787 Ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, 1,377 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 125,842 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 6,149.

Pada masa ini, kadar pengisian katil di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 2.3 peratus.

Sebanyak 107 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 6,042 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, sebanyak 60.9 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin

 

Related posts

Leave a Comment