Sultan Selangor lawat ICL

SERDANG 28 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) di Hospital Serdang yang menjadi pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan, di sini.

Baginda yang tiba pada pukul 10 pagi meluangkan masa hampir satu setengah jam di fasiliti berkenaan yang beroperasi sejak 2016.

Turut mengiringi lawatan sulung baginda ke hospital itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

ICL juga aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan mempelopori rangkaian ST-elevation myocardial infarction (STEMI).

Makmal berkenaan juga menjalankan lebih 50,000 prosedur invasif jantung termasuk angiogram dan angioplasti, implantasi perentak jantung, prosedur elektrofisiologi dan prosedur penyakit struktur jantung.

Pada lawatan itu, Sultan Sharafuddin turut diberi taklimat mengenai pembangunan fasiliti kesihatan negeri Selangor yang disampaikan Khairy.

Related posts

Leave a Comment