Singapura catat 4,925 kes baharu

SINGAPURA 28 Mac –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,925‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang meliputi 4,813 ‬jangkitan tempatan dan 112 kes import manakala empat lagi kematian direkodkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,076,930 orang dengan jumlah kematian pula 1,254 orang.

Sebanyak 4,088 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 69 kes import dan 4,019 jangkitan tempatan manakala 837‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR, 794 adalah jangkitan tempatan manakala 43 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.73, turun berbanding 0.75 semalam (27 Mac). Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Untuk rekod, kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 717 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 694 semalam (27 Mac) di mana 92 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 92, 25 dipantau rapi di ICU manakala 8,779 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat 27 Mac, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 92 peratus lengkap dua dos, 93 peratus menerima satu dos dan 71 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment