Kes harian turun di Singapura

SINGAPURA 31 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,605‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding  5,729‬ yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,459 ‬adalah jangkitan tempatan dan 146 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,096,428. Sebanyak lima individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,268 kematian Menurut MoH, sebanyak 4,869 kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada…

Read More

Data MySejahtera milik kerajaan

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua data dan maklumat yang diperoleh menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum aplikasi itu dilancarkan pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (NDA) dengan KPISOFT Sdn Bhd pada 1 April 2020, dengan terma yang dipersetujui kedua-dua pihak. Antara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA itu, termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat yang diperoleh menerusi penggunaan MySejahtera adalah hak milik…

Read More

Pengkalan data MySejahtera di KL

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kementerian Kesihatan mengesahkan pangkalan data yang menyimpan segala maklumat daripada penggunaan aplikasi MySejahtera berada di Malaysia dan bukannya di Singapura seperti didakwa sesetengah pihak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, secara spesifiknya pangkalan data terbabit berada di AIMS Data Centre di Kuala Lumpur dan bukannya luar negara. “Transaksi data daripada MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan MySejahtera serta aplikasi sokongan berkaitan pandemik Covid-19, seperti modul vaksinasi dan sebagainya. “Pangkalan data yang menyimpan maklumat ini pula berada di…

Read More

Penurunan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 31 Mac – Brunei Darussalam merekodkan penurunan kes harian hari ini apabila merekodkan 686 kes baharu berbanding 745 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 134,412 kes. Tiada kematian baharu direkodkan hari ini dan jumlah yang meninggal dunia kekal  93 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, seperti semalam, tujuh kes dalam kategori 4 direkodkan manakala tiada kes dalam kategori 5. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, daripada 686 kes baharu itu, sebanyak 615 adalah hasil Ujian ART yang telah…

Read More

Kes harian Thailand melonjak

BANGKOK 31 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand melonjak ke angka tertinggi dengan merekodkan 27,560 kes berbanding 25,389 semalam dan angka tertinggi pada 18 Mac sebanyak 27,071. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes itu, sebanyak 61 adalah kes import dan 27,499 jangkitan tempatan termasuk melibatkan 53 orang dalam kalangan penghuni penjara. Jumlah kematian pula 85 orang berbanding 87 kematian yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,628,347 orang manakala yang meninggal dunia pula seramai 25,130 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah…

Read More

Penyanyi nasyid berdepan hukuman gantung

PETALING JAYA 31 Mac – Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu. Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. Penyanyi yang popular dengan lagu…

Read More

Jangan lalai masuki endemik

PUTRAJAYA 31 Mac – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai supaya tidak lalai di samping mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara bakal memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula esok. Beliau berkata dalam fasa itu orang ramai masih perlu terus memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek-Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal penularan Covid-19. Beliau berkata, bagi memastikan mereka dan anak-anak dilindungi, pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan. “Esok kita masuk fasa peralihan ke endemik. Gelombang Omicron terkawal. Angka Rt negara 0.88. Sistem kesihatan awam…

Read More

33 notis kesalahan merokok

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 33 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM11,250 di sekitar ibu negara, malam tadi. Kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok ke atas 13 premis yang diperiksa. Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM Dr Noraryana Hassan berkata, daripada jumlah berkenaan, 21 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan. Baki 12 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 12(1)(a) iaitu tanggungjawab…

Read More

Peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 31 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan kes positif baharu Covid-19 semalam dengan merekodkan 15,941 lagi kes berbanding 15,215 kelmarin dan 13,336 pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,183,359. Daripada jumlah kes baharu semalam, sebanyak 168 adalah kes import melibatkan 161 warganegara dan tujuh bukan warganegara manakala 15,773 kes tempatan terdiri daripada 15,100 warganegara dan 673 bukan warganegara. Pada masa sama, sebanyak 21,186 lagi kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 3,941,829 kes yang sudah pulih daripada Covid-19 setakat ini. Data…

Read More

Pelawat tiba di Brunei perlu ujian ART

BERAKAS 31 Mac – Pelawat yang tiba di negara ini yang pernah dijangkiti Covid-19 dan mempunyai bukti jangkitan seperti Sijil Kesembuhan Covid-19 (tarikhnya tidak lebih dari 90 hari) dikecualikan dari menjalani Uji Swab RT-PCR. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, mereka hanya diperlukan menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) pada hari ketibaan sahaja. Walau bagaimanapun, jika individu tersebut pernah dijangkiti Covid-19 tetapi sudah sembuh melebihi enam bulan, mereka masih diperlukan untuk menjalani protokol kesihatan yang ditetapkan sebelum tiba ke Negara Brunei Darussalam. Sementara itu rakyat atau penduduk negara itu yang…

Read More