Kes baharu turun, 37 kematian

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan, semalam, menunjukkan penurunan berbanding 20,923 kelmarin yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Pada masa sama, seramai 26,171 lagi pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,870,937 kes sudah pulih daripada jangkitan wabak itu hingga kini.

Setakat tengah malam tadi, terdapat 233,179 kes aktif, termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (1,032).

Sementara itu, 37 kematian baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, termasuk enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan perkembangan itu membawa kepada jumlah kumulatif 34,751 kematian meliputi 7,321 kes BID, setakat ini.

Johor mencatat bilangan tertinggi kematian baharu dengan 12 kes termasuk satu BID, diikuti Kedah (enam termasuk satu BID), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat meliputi satu BID).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga termasuk satu BID); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (masing-masing satu).

Related posts

Leave a Comment