Thailand catat 26,234 kes baharu

BANGKOK 26 Mac – Thailand merekodkan 26,234 kes baharu Covid-19 dengan 67 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,503,264 kes dan 24,715 meninggal dunia, demikian menurut Kementerian Kesihatan Awam. Jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk 21,697 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam. Terdapat 26,123 kes dalam kalangan penduduk awam, 75 penghuni penjara dan 36 kes import di mana 26,068 dikesan di hospital manakala 55 ujian pengesanan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan 67 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 98 tahun, dengan purata 70 tahun dan…

Read More

Singapura catat 6,434 kes baharu

SINGAPURA 26 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,434 kes baharu Covid-19 di Singapura hari ini berbanding 7,584 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,067,157 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,312 adalah jangkitan tempatan dan 122 lagi kes import.dengan jumlah kematian baharu pula tujuh orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,246. Sebanyak 5,536 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 93 kes import dan 5,443  jangkitan…

Read More

4,189 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 26 Mac – Sebanyak 4,189 kes positif baharu direkodkan Indonesia hari ini yang meliputi 4,041 kes tempatan dan 148 import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,995,876 kes. Jumlah kes sembuh pula mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 10,943 kes iaitu 10,710 kes tempatan dan 233 kes import menjadikan jumlah keseluruhan  5,702,163 orang pesakit pulih daripada jangkitan. Sebanyak 6,861 kes aktif baharu direkodkan menjadi jumlah kumulatifnya 139,143 manakala jumlah kes meninggal dunia pula bertambah 107 orang menjadikan jumlah kumulatif 154,570 orang. Lima wilayah merekodkan angka kes tertinggi iaitu Jawa Barat 878 kes…

Read More

774 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 26 Mac – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 91 orang apabila satu lagi kematian direkodkan hari ini, kata Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar. Katanya, dua kematian direkodkan hari ini tetapi hanya seorang dikategorikan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, hari ini, beliau berkata terdapat 10 kes kategori 4 dan satu kes kategori 5 dilaporkan. Sebanyak 774 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 130,611 kes. Beliau berkata…

Read More

RUU larangan merokok Julai ini

SEPANG 26 Mac – Rang undang-undang (RUU) larangan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, RUU berkenaan sedang dimuktamadkan oleh Peguam Negara dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi. “Saya akan bawa ke Parlimen dahulu untuk saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran MyCHAMPION peringkat kebangsaan di sini, pada Sabtu. Khairy pada 17 Februari lalu mengumumkan pengenalan akta…

Read More

Bukan lagi masa ‘berbulan madu’

JOHOR BAHRU 26 Mac – Ini bukan lagi masa ‘berbulan madu’. Itu ingatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kepada  semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu. Sambil mengingatkan bahawa baginda akan memantau prestasi mereka, Sultan Ibrahim menegaskan tugas mereka sudah bermula dari saat mengangkat sumpah jawatan hari ini. Sultan Ibrahim bertitah, semua Exco yang dilantik perlu kekal fokus dalam melaksanakan janji atau ikhtiar yang dibuat dalam kempen pilihan raya mengikut portfolio masing-masing, dan sentiasa bertanggungjawab, jujur dan amanah. “Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tugas anda sudah pun…

Read More

70 peratus Exco bawah 40 tahun

JOHOR BAHRU 26 Mac – Tujuh puluh peratus daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang mengangkat sumpah hari ini adalah orang muda berusia bawah 40 tahun. Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, berkata barisan Exco itu juga dibarisi pelbagai kaum dan mengambil kira keseimbangan gender, mencerminkan wajah sebenar Bangsa Johor. “Saya dan semua Exco menjunjung kasih atas semua titah nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan akan melakukan yang terbaik. Tahniah kepada ADUN yang dilantik. “Saya percaya dan yakin semua akan dapat galas tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh…

Read More

478 juta kes global Covid-19

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 478 juta kes berikutan pertambahan 1.58 juta kes positif yang dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University. Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes diikuti India dan Brazil masing-masing merekodkan lebih 43 juta kes serta 29 juta. Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis manakala United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka…

Read More

Semua muka baharu Exco Johor

JOHOR BAHRU 26 Mac – Semuanya 10 muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang melibatkan tujuh wakil UMNO, dua MCA dan seorang dari MIC. Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya negeri baru-baru ini mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini. Mereka ialah ADUN Buloh Kasap, Zahari Sarip; Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K Raven (Tenggaroh); dan Khairin Nisa Ismail (Serom). Turut sama Mohd Hairi Mad Shah (Larkin); Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah);…

Read More

21,839 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Mac – Kes jangkitan Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 21,839 berbanding 24,316 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,101,081. Bagaimanapun jumlah kes sembuh sekali lagi mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 22,324 kes menjadikan jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,819,299 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 287 kes import dilaporkan iaitu melibatkan 271 warganegara dan 16 bukan warganegara manakala 21,552 kes tempatan termasuk 781 bukan warganegara. Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 10,842 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,586 dan…

Read More