4,189 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 26 Mac – Sebanyak 4,189 kes positif baharu direkodkan Indonesia hari ini yang meliputi 4,041 kes tempatan dan 148 import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,995,876 kes.

Jumlah kes sembuh pula mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 10,943 kes iaitu 10,710 kes tempatan dan 233 kes import menjadikan jumlah keseluruhan  5,702,163 orang pesakit pulih daripada jangkitan.

Sebanyak 6,861 kes aktif baharu direkodkan menjadi jumlah kumulatifnya 139,143 manakala jumlah kes meninggal dunia pula bertambah 107 orang menjadikan jumlah kumulatif 154,570 orang.

Lima wilayah merekodkan angka kes tertinggi iaitu Jawa Barat 878 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,095,018 diikuti Jakarta 796 (1,234,197), Jawa Tengah 374 (622,199), Banten 366 (287,683), Jawa Timur 310 (572,000).

Kes sembuh pula menyaksikan Jawa Barat merekodkan 2,264 orang pulih menjadikan jumlah keseluruhan 1,044,303,  Jakarta 1,423 (1,210,328), DI Yogyakarta 1,251 (198,999), Banten 933 (279,679), serta Jawa Tengah 751 (571,772).

Bagi kes kematian pula, Jawa Tengah merekodkan 30 kes dengan kumulatifnya 32,682 diikuti Jawa Timur 15 (31,311), DI Yogyakarta 12 (5,772), Jawa Barat 7 (15,593), serta Riau 7 (4,385).

Mengenai program vaksinasi, penerima dos pertama hari ini adalah sebanyak 185,728 orang menjadikan jumlah 195,719,065 manakala penerima vaksinasi kedua 933,620 orang dengan jumlahnya 157,569,955 manakala vaksinasi ketiga  1,256,212 dengan jumlah keseluruhan 19,650,168.

Related posts

Leave a Comment