478 juta kes global Covid-19

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 478 juta kes berikutan pertambahan 1.58 juta kes positif yang dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes diikuti India dan Brazil masing-masing merekodkan lebih 43 juta kes serta 29 juta.

Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis manakala United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 11 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 4.1 juta dan Filipina 3.6 juta kes, Thailand 3.4 juta kes dan Singapura pula kini memasuki angka melebihi 1.06 juta kes.

Sementara itu, jumlah kematian pula menunjukkan pertambahan lebih 5,000 kes  dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 6.11 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 976,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 658,000 kes, India lebih 516,000 kes, Rusia lebih 359,000 kes dan Mexico lebih 322,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Di Asia Tenggara pula, Indonesia merekodkan lebih 154,000 kes, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia 34,000, dan Thailand dengan lebih 24,000 orang.

Related posts

Leave a Comment