2,605 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Jun – Lima kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam (Rabu) berbanding empat pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini 35,763 orang.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada lima kematian itu, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead'(BID).

Sementara itu, kes baharu meningkat kepada 2,605 termasuk tiga kes import berbanding 2,025 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,563,188 orang.

Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini adalah sebanyak 28,714 di mana 27,465 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 22 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,187 pesakit dirawat di hospital dengan 40 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes harian tertinggi iaitu 865 diikuti Selangor 730, Sabah 163, Perak 151, Pulau Pinang 138, Negeri Sembilan 105 dan Melaka 102.

Negeri terendah pula adalah Kelantan 24, Terengganu 23, Perlis 8 dan Wilayah Persekutuan Labuan 6.

Related posts

Leave a Comment